Elfen_Lied
Elfen_Lied

Elfen_Lied

Elfen Lied (エルフェンリート, Erufen Rīto) merupakan sebuah siri manga Jepun yang dicipta oleh seorang penulis manga bernama Lynn Okamoto. Sebuah siri TV anime yang berlangsung selama tiga belas episod berdasarkan kisah manga Elfen Lied telah dihasilkan oleh studio ARMS dan disiarkan menerusi TV Tokyo daripada bulan Julai hingga Oktober tahun 2004; siri anime tersebut kemudiannya dilesenkan di Amerika Utara pada DVD oleh ADV Films. Siri anime Elfen Lied dimulakan sebelum siri manganya lengkap; akibatnya, plot di antara kedua-dua media ini berbeza, terutama sekali sewaktu penghujung ceritanya. Pada tahun 2005, sebuah episod OVA, di mana kisahnya berlaku di antara episod sepuluh dan sebelas daripada siri asalnya, telah dikeluarkan. Judul siri ini merupakan maksud literal daripada perkataan bahasa Jerman yang diterjemahkan sebagai "Lagu Orang Bunian", ataupun "Elves' Song", dan mendapat namanya daripada sajak Elfenlied dan perkataan bahasa Jerman iaitu lied, sebuah sajak klasik-romantik ataupun karya muzikal.Elfen Lied berlatarkan elemen-elemen seperti interaksi, pandangan, emosi, dan diskriminasi di antara golongan manusia dan golongan Diclonius, sejenis spesies mutan yang mempunyai rangka yang sama dengan manusia kecuali daripada kewujudan dua buah tanduk berupa telinga kucing di kepala mereka dan "vektor-vektor" ataupun "vectors", iaitu beberapa pasang tangan lutsinar yang mampu menembusi udara dan objek pada kelajuan yang tinggi. Siri ini menceritakan kisah seorang gadis Diclonius bernama "Lucy", yang dikatakan sebagai Diclonius yang pertama, berubah menjadi seorang yang kejam dan ganas akibat daripada perasaan bencinya dan niatnya membalas dendam kepada golongan manusia yang tidak menyenanginya. Elfen Lied mempunyai tema-tema seperti pengasingan sosial, identiti, kekejaman terhadap haiwan, dendam, penderaan kanak-kanak, cemburu dan nilai-nilai kemanusiaan.[1] Siri ini menerapkan penggunaan gambaran-gambaran grafik bogel dan kejam, terutama sekali adegan pembukaan episod pertamanya. Setakat ini, hanya siri anime dengan episod sejumlah tiga belas sahaja yang telah dilesenkan di Amerika Syarikat oleh ADV Films dan di Australia oleh Madman Entertainment. ADV Films telah mengulas bahawa siri tersebut merupakan di antara siri keluaran mereka yang paling laris dijual dan paling terkenal pada tahun 2005.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Elfen_Lied http://www.madman.com.au/elfenlied/index2.html http://boards.adultswim.com/adultswim/board/messag... http://www.advfilms.com/GEN_PRDetails.asp?ID=1724 http://www.advfilms.com/titles/elfenlied/index.php http://www.animenewsnetwork.com/convention.php?id=... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/review/elfen-lied/... http://www.animenewsnetwork.com/review/elfen-lied/... http://www.animenewsnetwork.com/review/elfen-lied/...