Empat_Kebenaran_Mulia

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha

Sejarah
Agama-agama Dharma
Garis masa agama Buddha
Majlis-majlis agama Buddha
Asas
Empat Kebenaran Mulia
Jalan Lapan Lapis Mulia
Ajaran agama Buddha
Nirvāṇa · Tiga Manikam
Konsep-konsep Utama
Tiga tanda kewujudan
Skandha · Kosmologi · Dharma
Saṃsāra · Kelahiran semula
Shunyata · Pratitya-samutpada
Karma
Tokoh Utama
Gautama Buddha
Pengikut · Tokoh Buddha kemudianAmalan dan Pencapaian
Tahap Buddha · Bodhisattva
Empat Peringkat Makrifat · Parami
Tafakur · Orang Berumahtangga
Kawasan-kawasan
Asia Tenggara · Asia Timur
India · Sri Lanka · Tibet
Negara-negara Barat
Mazhab
Theravāda · Mahāyāna
Vajrayāna · Mazhab awal
Teks
Hukum Pali · Sutra Mahayana
Hukum TibetKajian Perbandingan
Kebudayaan · Senarai Topik
Portal: Agama Buddha
Empat Kebenaran Mulia (bahasa Inggeris: Four Noble Truths; bahasa Pali: Cattāri ariyasaccāni ) merupakan salah satu ajaran agama Buddha yang paling asas, dengan ungkapan tersebut muncul banyak kali dalam teks Hukum Pali, teks agama Buddha yang paling kuno. Ia merupakan kebenaran-kebenaran yang dicapai oleh Gautama Buddha semasa beliau mengalami makrifat. [1]Mengapa Buddha mengajar dengan cara ini dapat dijelaskan oleh konteks sosial pada masanya. Buddha merupakan seorang Śramaṇa, zahid berkelana yang "bertujuan untuk menemui kebenaran dan mencapai kebahagiaan." [2] Buddha mendakwa bahawa beliau mencapai tujuan ini di bawah sebatang pokok bodhi, berhampiran dengan Sungai Ganges. Empat Kebenaran Mulia merupakan perumusan pemahamannya tentang:Kebenaran-kebenaran ini tidak dinyatakan sebagai sebuah teori atau gagasan sementaraan, malahan Buddha berkata:...Kerana ia berfaedah, ia tergolong dalam asas-asas kehidupan suci, ia menuju dari kekecewaan ke sikap berkecuali, ke pemberhentian, ke keamanan, ke pengetahuan langsung, ke makrifat, ke Nirwana. Inilah mengapa aku mengisytiharkannya. [6]Ajaran ini merupakan asas syarahan Buddha yang pertama selepas makrifatnya. [7] Bagaimanapun, mazhab agama Buddha Mahayana mempunyai versi Empat Kebenaran Mulia yang tersendiri, dengan keabadian Buddha merupakan tumpuannya yang utama.