Empayar Maurya ialah sebuah
empayar yang luas dan berkuasa di
India kuno yang diperintah oleh Dinasti Maurya dari
321 SM hingga
185 SM. Empayar ini yang berasal dari kerajaan
Magadha di
dataran Indo-Ganges (
Bihar moden,
Uttar Pradesh timur dan
Bengal) di sebelah timur
subbenua India, berpusat di ibu kota
Pataliputra (
Patna moden).
[1][2]Empayar Maurya diasaskan pada tahun
322 SM oleh
Chandragupta Maurya, selepas menggulingkan
Dinasti Nanda. Dengan cepatnya, ia memperluas kuasanya ke arah barat ke seluruh India tengah dan India barat sewaktu berlakunya gangguan
kuasa tempatan, ekoran daripada pengunduran tentera
Yunani dan tentera
Parsi di bawah
Alexander Agung ke arah Barat. Menjelang
320 SM, empayar itu telah menduduki seluruh India Barat Laut selepas menewaskan satrap-
satrap yang ditinggalkan oleh Alexander.Empayar Maurya ialah salah satu
empayar yang terbesar di dunia sewaktu itu. Pada takatnya yang terbesar, empayar itu terbentang ke utara pada sepanjang batas semula jadi
Banjaran Himalaya di utara, dan ke apa yang kini merupakan
Assam di timur. Di barat, ia mungkin terbentang melampaui
Pakistan moden, dengan pengilhakan
Balochistan serta kebanyakan kawasan di apa yang kini merupakan
Afghanistan, termasuk
Provinsi Herat moden dan
Provinsi Kandahar. Empayar ini diperluas ke wilayah India tengah dan India selatan oleh Maharaja Chandragupta dan
Maharaja Bindusara, tetapi tidak termasuk sebahagian wilayah puak dan wilayah berhutan yang tidak dijelajahi berhampiran Kalinga (Orissa moden). Kejatuhan Empayar Maurya bermula 60 tahun selepas keakhiran pemerintahan Asoka lalu dibubarkan pada
185 SM, ekoran daripada pengasasan
Dinasti Sunga di Magadha.Di bawah pemerintahan
Chandragupta, Empayar Maurya menakluki wilayah trans-
Indus yang dikuasai oleh
Empayar Macedonia. Chandragupta kemudian menewaskan serangan yang diketuai oleh
Seleucus I, seorang jeneral Yunani daripada tentera Alexander. Di bawah pemerintahan Chandragupta dan pewaris-pewarisnya, perdagangan, baik dalaman mahupun luaran, serta pertanian dan aktiviti ekonomi berkembang maju dan diperluaskan ke seluruh India, hasil daripada penciptaan sebuah sistem kewangan, pentadbiran, dan keselamatan yang tunggal dan cekap. Selepas
Perang Kalinga, Empayar Maurya kemudian menikmati setengah abad keamanan dan keselamatan di bawah Asoka. India Maurya juga menikmati zaman keharmonian sosial, perubahan agama, dan perluasan bidang-bidang ilmu sains dan pengetahuan. Pemelukan agama
Jainisme oleh Chandragupta Maurya meningkatkan pembaharuan sosial dan agama serta reformasi dalam masyarakat, sementara pemelukan
agama Buddha oleh Asoka telah dikatakan merupakan asas pemerintahan keamanan sosial dan politik serta ketakganasan di seluruh India. Asoka juga menjadi penaung terhadap penyebaran idaman agama Buddha ke
Sri Lanka,
Asia Tenggara,
Asia Barat, dan
Eropah Mediterranean.
Chanakya, menteri Chandragupta, menulis
Arthashastra, salah satu karya yang terbesar tentang ekonomi, politik, hubungan luar negeri, pentadbiran, seni ketenteraan, perang, dan agama yang pernah dihasilkan di India. Bersama-sama dengan
Edik Asoka, ia merupakan sumber utama rekod bertulis daripada zaman Maurya. Daripada segi arkeologi, zaman pemerintahan Maurya di Asia Selatan tergolong dalam zaman
Barang-barang Hitam Berkilat Utara (NBPW).
Ibu Kota Singa Asoka di
Sarnath ialah
lambang kebangsaan di India.