Enggang_gatal_birah
Enggang_gatal_birah

Enggang_gatal_birah

Burung Enggang Gatal Birah (bahasa Inggeris: Black Hornbill) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Anthracoceros malayanus. [2] Ia juga dikenali sebagai burung Enggang Hitam. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]Dalam Bahasa Melayu, burung ini turut disebut sebagai enggang hitam atau burung kekek. Panggilannya dalam pelbagai bahasa lain termasuk ta’éj atau ta’ĕĕy (Temiar), likap gagak, gagak atau rengak (Iban) dan alau babi (Melayu Brunei/Sarawak).Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.