Taksonomi Eurostopodinae

Order Caprimulgiformes mengandungi beberapa keluarga insektivor nokturnal, iaitu segan, malas, minyak, dan tukang. Keluarga yang terakhir tersebut biasanya dibahagikan kepada dua subkeluarga, sintang (Chordelinae) dan tukang sungguh (Caprimulginae).[1] Taptibau (Eurostopodinae) kadangkala dianggap sebagai subkeluarga di dalam keluarga Caprimulgidae tetapi sesetengah kajian menganggapnya sebagai kumpulan kerabat,[2] manakala yang lain menganggapnya sebagai klad tersendiri;[3] ada yang lain menganggap bahawa genus Eurostopodus mungkin bukan ekafiletik.[4][5][6]

Taptibau terdiri daripada sembilan spesies hidup dalam dua genus, Eurostopodus (tetabu) dan Lyncornis (taptibau sungguh):[7]

GambarGenusSpesies hidup
Eurostopodus (Tetabu)
Lyncornis (Taptibau sungguh)