Penerbitan Evolusi_KL_Drift_2

Evolusi KL Drift 2 merupakan filem ketiga arahan Syamsul Yusof dan diterbitkan bersama oleh Skop Productions dan Grand Brilliance. Kos pembikinan filem ini dianggarkan bejumlah RM 2.5 juta, termasuk promosi, menjadikannya sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan oleh Skop. Lokasi penggambaran filem ini termasuk Pelabuhan Klang dan Putrajaya.

Syamsul yang memegang watak Zack dalam kedua-dua filem Evolusi KL Drift nyaris berdepan maut apabila besi pada kamera di bahagian depan keretanya hampir tercucuk pada bahagian mukanya semasa penggambaran bagi babak ngeri yang dilakonkannya. Filem ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakonnya, kecuali Fasha Sandha dan Diana Danielle[4] dengan penambahan pelakon baru termasuk Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Zul Ariffin.

Rujukan

WikiPedia: Evolusi_KL_Drift_2 http://mytupai.blogspot.com/2010/03/ulasan-evolusi... http://www.budiey.com/watak-ganas-shaheizy-sam-dal... http://www.imdb.com/title/tt1606215/ http://www.bharian.com.my/articles/EvolusiKLDrift2... http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.asp... http://www.cinema.com.my/news/news.aspx?search=201... http://www.gua.com.my/Entertainment/Reviews-Detail... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM3_6jda... http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2010/3/24/mst... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...