Evolusi
Evolusi

Evolusi

Evolusi (Tulisan Jawi: ايۏولوسي) atau ubah ansur ialah teori sains yang dikemukakan oleh ahli biologi untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat haiwan dan tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini.[1]Kaji selidik nyata membuktikan bahawa setiap hidupan banyak berubah dari zaman ke zaman, berdasarkan bentuk fosil yang terdapat di bumi. Oleh itu, adalah nyata bahawa hidupan zaman sekarang jauh berbeza dari hidupan zaman dahulu. Semakin lama zaman silamnya, semakin berlainan rupa bentuk fosilnya.[2] Ini merupakan kesan evolusi yang diterima sebagai fakta kerana banyak sekali bukti yang menyokongnya.[3][4][5] Pada masa yang sama, persoalan-persoalan evolusi masih giat diselidik oleh para ahli biologi.Teori evolusi ini merupakan asas kepada ilmu biologi moden; dalam erti kata lain, tiada apa dalam ilmu biologi yang membawa erti tanpa pemahaman evolusi.[6]Namun begitu, tujuan sebenar evolusi adalah menjelaskan dan membantu kefahaman, kerana inilah penjelasan baik terulung bagi sebab setiap hidupan memperoleh rupa bentuk dan ciri-ciri yang kita kenali. Perkara-perkara amalinya berasal dari bidang genetik yang dimulakan oleh Gregor Mendel.

Rujukan

WikiPedia: Evolusi http://www.mala.bc.ca/~johnstoi/darwin/sect3.htm http://people.delphiforums.com/lordorman/light.htm http://www.ewtn.com/library/PAPALDOC/JP961022.HTM http://science.howstuffworks.com/evolution.htm/pri... http://magma.nationalgeographic.com/ngm/0411/featu... http://www.newyorker.com/archive/2005/05/30/050530... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://evolution.berkeley.edu/ http://evolution.berkeley.edu/evolibrary/article/0... http://evolution.berkeley.edu/evosite/evo101/IIID1...