Kelainan F-15E_Strike_Eagle

F-15I

F-15I digunakan oleh Tentera Udara Israel yang mana dikenali sebagai Ra'am'. Ia adalah sebuah pesawat dua tempat duduk, serangan darat yang digerakkan oleh dua enjin Pratt & Whitney F100-PW-229 yang berasaskan pesawat F-15E.

Selepas Perang Teluk, yang mana bandar-bandar Israel telah diserang oleh peluru berpandu Scud yang berpangkalan di Iraq, kerajaan Israel telah memutuskan bahawa mereka memerlukan pesawat serangan jarak jauh. Pada tahun 1993, Israel telah menghantar Request for Information (RFI) kepada firma-firma pengeluar pesawat yang berminat untuk mengeluarkan pesawat pejuang baru Israel untuk dipertimbangkan.

Sebagai tindak balas, firma Lockheed Martin telah menawarkan versi F-16 Fighting Falcon manakala firma McDonnell Douglas telah menawarkan kedua-dua pesawat F/A-18 Hornet dan F-15E. Pada 27 Januari 1994, kerajaan Israel telah mengumumkan bahawa mereka berminat untuk membeli 21 buah pesawat F-15E. Rekaan F-15E telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan Israel, termasuk Pajera Lekapan Helmet dan telah dinamakan semula sebagai F-15I. Pada 12 Mei 1994, kerajaan A.S telah membenarkan pembelian sehingga 25 buah F-15I oleh Israel. Pada bulan November 1995, Israel telah menambah empat buah pesawat F-15I lagi, iaitu mencapai had yang telah dibenarkan oleh A.S.

Perubahan bagi pesawat F-15I

Pesawat F-15I Ra'am milik Skuadron No 69, Tentera Udara Israel mejauhi pesawat penangki KC-135 Stratotanker selepas selesai mengisi minyak di kawasan latihan dan ujian di Nevada semasa latihan Red Flag 2004.

F-15I Ra'am (Bahasa Hebrew : Thunder) menyerupai pesawat F-15E tetapi pesawat F-15I memiliki beberapa sistem avionik dibuat khas untuk memenuhi spesifikasi keperluan Israel. Untuk memudahkan serangan waktu malam, F-15I pada awalnya telah dilengkapi dengan pod sasaran Sharpshooter yang mana direka untuk kegunaan pesawat F-16 milik Israel. Pod Sharpshooter kurang berupaya jika dibandingkan dengan pod LANTIRN yang digunakan pada F-15E. Apabila Amerika Syarikat membenarkan Israel untuk memperoleh pod LANTIRN, Israel telah menerima tawaran ini. Perolehan ini telah melengkapkan kelengkapan penglihatan malam bagi pesawat F-15I. Sebanyak 30 set pod LANTIRN telah dihantar. Selepas pengubahsuaian ini, pesawat F-15I adalah setanding dengan F-15E. Perbezaan ketara yang masih kekal di antara pesawat F-15I dengan F-15E adalah pesawat F-15I telah dihantar tanpa dilengkapi dengan Penerima Amaran. Israel telah memasang peralatan pertempuran elektronik buatan sendiri pada F-15 miliknya. Peralatan elektronik pesawat F-15I yang tidak dibekalkan telah digantikan dengan Sistem Pertempuran Elektronik Bersepadu Elisra SPS-2110 buatan Israel. Komputer pusat dan sistem GPS/INS terbenam juga telah dipasang. Kesemua penderia pesawat boleh dikerah ke pajera lengkapan helmet, yang memberi kedua-dua krew mekanisme bidikan yang lengkap yang mana tidak dimiliki oleh pesawat F-15E. Sistem termaju Ra'am termasuk radar APG-70 dengan keupayaan untuk memetakan permukaan bumi. Gambaran jelas yang diperolehi daripada radar APG-70, walau apa jua keadaan cuaca dan cahaya, menjadikannya berupaya untuk mengesan sasaran yang mana sangat sukar untuk didapati — seperti contoh, bateri peluru berpandu, kereta kebal dan struktur — walaupun di bawah situasi teruk seperti kabus tebal, hujan lebat atau di malam gelap.

F-15K

Pesawat F-15K merapati pesawat KC-135 Stratotanker untuk melakukan pengisian minyak di udara.

F-15K Slam Eagle (Korea: F-15K 슬램이글) adalah merupakan satu pesawat terbitan termaju berdasarkan versi F-15E, telah dipesan dan dihantar kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Pada tahun 2002, Korea Selatan telah memilih pesawat F-15K bagi program pesawat pejuang F-X setelah persaingan sengit daripada empat buah pesawat: iaitu F-15K dari firma Boeing, Rafale dari Dassault-Breguet, Eurofighter Typhoon dari EADS, dan Su-35 dari Sukhoi. Sejumlah 40 buah pesawat telah dipesan, dan sehingga bulan Disember 2005, empat buah pesawat telah dihantar kepada Tentera Udara Korea Selatan. Pada bulan Mei 2006, kerajaan Korea Selatan telah menimbangkan untuk menambah 20 buah pesawat F-15K bermula pada tahun 2009. [11]

Pesawat F-15K memiliki banyak cirri-ciri termaju yang tidak terdapat pada pesawat F-15E, seperti AAS-42 IRST (Pencari dan Penjejak Infra Merah), JHMCS (Joint Helmet-Mounted Cueing System), dan radar termaju AN/APG-63(V)1 MSA. Radar AESA juga boleh diperolehi sebagai pilihan. Sebagai tambahan, F-15K boleh melancarkan banyak persenjataan termaju seperti AGM-84K SLAM-ER ATA dan AGM-84H Harpoon. Dua enjin tujahan General Electric F110-GE-129 berkuasa 29,400 lbf (131 kN) akan membekalkan kuasa kepada pesawat F-15K, suatu peningkatan jika dibandingkan dengan pesawat asas F-15E.

Pada 25 April 2008, kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan pesanan untuk kumpulan kedua pesawat yang mengandungi sejumlah 21 buah F-15K, bernilai AS$ 2.3 bilion. Penghantaran dijadualkan akan dibuat di antara tahun 2010 hingga 2012. Tidak seperti pesawat F-15K bagi kumpulan pertama, pesawat bagi kumpulan kedua akan dibekalkan dengan enjin Pratt & Whitney F100-PW-229 (EEP). 46 buah enjin (yang bernilai 220 bilion won) akan dibina dengan kebenaran berlesen oleh firma Samsung Techwin. Korea menyatakan bahawa enjin P&W mempunyai persamaan dengan enjin untuk pesawat KF-16. [12][13]

F-15S

F-15S adalah sebuah pesawat kelainan bagi F-15E yang dibekalkan kepada Tentera Udara Arab Saudi pada tahun 1990-an. Asalnya, Arab Saudi ingin mendapatkan sehingga 24 buah pesawat F-15F, sebuah versi satu tempat duduk tetapi telah dihalang oleh Kongres Amerika Syarikat.[14] F-15S, asalnya dikenali sebagai F-15XP, hampir menyerupai pesawat F-15E milik Tentera Udara A.S, dengan perbezaan ketara adalah pada keupayaan radar AN/APG-70 dari segi mod aperture sintetik.[15][14] 72 buah pesawat telah dibina antara tahun 1996 sehingga 1998.[15] Pada bulan Oktober 2007, GE mengumumkan satu kontrak bernilai AS$300 juta dengan Arab Saudi untuk membekalkan 65 buah enjin turbin GE F110-GE-129C untuk dipasang pada pesawat F-15S.[16]

F-15SA pula adalah versi terbaru bagi Tentera Udara Arab Saudi. Sistem kawalan wayar moden untuk kawalan penerbangan digunakan untuk mengantikan sistem hibrid elektronik/mekanikal pada pesawat F-15 sebelumnya. Versi ini juga menggunakan radar jujukan imbasan aktif elektornik (AESA), APG-63(v)3, sistem peperangan elektronik digital (DEWS), sistem penjejak dan pencari inframerah (IRST) dan sistem-sistem moden yang lain. Ia juga dipasang dengan kokpit yang direka semula yang asalnya bertujuan untuk dipasang pada pesawat F-15SE.[17][18][19] Sistem terbang dengan wayar membolehkan pesawat ini tenggekan senjata sayap luar yang tidak digunakan.[20]

F-15SG

F-15SG (dulunya F-15T) adalah merupakan kelainan bagi pesawat F-15E, yang telah dipesan oleh Tentera Udara Republik Singapura setelah tujuh tahun penilaian yang melibatkan lima buah pesawat pejuang dari firma-firma lain. Pemilihan pesawat F-15SG dimuktamadkan pada 6 September 2005 berbanding pesawat Dassault Rafale, satu-satunya pesawat yang masih dalam penilaian akhir.[21]

Konfigurasi pesawat F-15SG menyamai pesawat F-15K yang dijual kepada Korea Selatan, tetapi berbeza dengan penambahan radar APG-63(V)3 AESA yang dibangunkan oleh firma Raytheon. Kuasa bagi pesawat F-15SG akan dibekalkan oleh dua enjin tujahan General Electric F110-GE-129 29,400 lbf (131 kN).

Bergantung kepada pembangunan pesawat Lockheed Martin F-35, Singapura telah memesan 12 buah pesawat dengan pilihan tambahan 8 buah pesawat untuk mengantikan angkatan pesawat A-4SU mereka. Pembelian ini merupakan sebahagian daripada Program Penggantian Pesawat Pejuang Baru, yang bernilai kira-kira AS$ 1 bilion dan merupakan program tunggal pembelian pesawat pejuang termahal yang pernah dilakukan oleh Tentera Udara Republik Singapura.

Pada 22 Ogos 2005, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan telah melaporkan kepada Kongres Amerika Syarikat berkenaan Jualan Ketenteraan Luar yang berpotensi merangkumi persenjataan, logistic dan latihan sekiranya pesawat Boeing F-15 dipilih oleh kerajaan Singapura. Sejak pembelian pesawat F-15SG sekarang telah disahkan, ia boleh dianggap Singapura akan melaksanakan cadangan bagi pakej persenjataan dan logistik, yang mana akan bertambah nilai sebanyak AS$ 741 juta lagi sekiranya kesemua pilihan-pilihan diambil.

Persenjataan yang termasuk di dalam pakej ini adalah:

  • 200x AIM-120C AMRAAM
  • 6x AMRAAM Captive Air Training (CAT) Missiles
  • 50x MK-82 GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)
  • 44x alat penglihatan malam AN/AVS-9(V)
  • 24x Link 16 Sistem Pengagihan Maklumat Pelbagai Fungsi / Low Volume Terminals (Terminal Lingkaran Data Pejuang)
  • 30x AGM-154A (JSOW) Joint Standoff Weapons dengan kepala peledak BLU-111.
  • 30x AGM-154C (JSOW) Joint Standoff Weapons
  • 200x AIM-9X SIDEWINDER
  • 24x AIM-9X SIDEWINDER CAT dan peluru berpandu latihan [22]

Kementerian Pertahanan Singapura pada 22 Oktober 2007, telah melaksanakan pilihan dengan membeli tambahan pesawat sebanyak lapan buah pesawat pejuang F-15SG yang merupakan sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2005. Bersama-sama dengan pembelian ini, Singapura telah memesan tambahan empat buah lagi pesawat F-15SG menjadikan kesemuanya sebanyak 24 buah pesawat. [23]

F-15QA

F-15QA adalah sebuah versi yang dibangunkan untuk Tentera Udara Qatar. Berita ini diumumkan pada bulan November 2016 selepas Jabatan Negara A.S meluluskan penjualan sehingga 72 buah pesawat F-15QA kepada Qatar dalam satu perjanjian bernilai AS$21.1 bilion yang mana termasuk persenjataan, sokongan, peralatan dan latihan.[24][25]

Cadangan kelainan

F-15H Strike Eagle (H untuk Hellas) adalah merupakan cadangan versi eksport pesawat F-15E untuk Greece pada tahun 1990-an, yang mana menjadi pilihan bagi Kementerian Pertahanan Greece dan Tentera Udara Greece [26] tetapi sebaliknya pihak kerajaan telah memilih pesawat baru F-16 Fighting Falcon dan Mirage 2000-5.[27].

F-15G Wild Weasel adalah sebuah versi cadangan untuk mengantikan pesawat F-4G Wild Weasel dalam peranan Menumpaskan Pertahanan Udara Musuh (SEAD). F-15G telah dikaji sejak tahun 1986. Satu cadangan pengubahsuaian ke atas pesawat F-15C untuk peranan SEAD telah dikaji pada tahun 1994–95, tetapi sebaliknya pesawat F-16C telah diubahsuai untuk melaksanakan peranan ini.[28] F-15E berupaya untuk membawa peluru berpandu anti radar seperti AGM-88 HARM dan melaksanakan peranan SEAD.

F-15SE Silent Eagle adalah sebuah kelainan yang dirancang dengan keupayaan pesawat pejuang generasi ke-5 seperti tenggekan senjata dalaman dan bahan serapan radar. Silent Eagle juga memiliki ruang persenjataan konformal (CWB) untuk menyimpan senjata di ruang ini berbanding memasang tangki minyak konformal, sudut satah ekor berkembar dicapahkan keluar sebanyak 15 darjah untuk mengurangkan keratan rentas radar; sebahagian besar ruang CWB digunakan sebagai tempat simpanan senjata, hanya sebahagian kecil sahaja yang digunakan sebagai ruang penyimpanan minyak.[29] Pesawat F-15SE dioptimalkan untuk misi-misi udara ke udara, dengan kekurangan ciri-ciri halimunan untuk misi ke kawasan yang dikawal oleh sistem anti pesawat di darat.[30] Pesawat F-15E pertama, no siri 86-0183, telah diubahsuai untuk dijadikan pesawat penunjuk Silent Eagle. Ia membuat penerbangan sulung pada bulan Julai 2010 dengan ruang senjata konformal di sebelah kiri,[31] dan berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu AMRAAM daripada CWB pada bulan Julai 2010.[32] Antara para pelanggan yang berpotensi adalah Arab Saudi, Israel, Jepun dan Korea Selatan;[29] bagaimanapun Arab Saudi memilih untuk membeli F-15SA,[33] sementara Israel,[34] Jepun,[35] dan Korea Selatan memilih pesawat F-35.[36]

Rujukan

WikiPedia: F-15E_Strike_Eagle http://www.aeroworldnet.com/1tw05039.htm http://www.aviationweek.com/Article/PrintArticle.a... http://www.aviationweek.com/aw/generic/story_chann... http://www.aviationweek.com/awin/ArticlesStory.asp... http://www.boeing.com/defense-space/military/f15/f... http://www.boeing.com/defense-space/military/f15/i... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q4/071101... http://www.defenseindustrydaily.com/2006/05/south-... http://www.defensenews.com/articles/kuwait-qatar-f... http://www.f-15e.com