Kemalangan F-15_Eagle

Pada 1 Mei 1983, semasa juruterbang Tentera Udara Israel melakukan latihan pertempuran udara, F-15D telah berlanggar dengan pesawat A-4 Skyhawk. Juruterbang berjaya mengawal pesawat dari mengalami keadaan pegun, dan mendaratkan pesawat dengan selamat.

Pada 22 November 1995, semasa latihan pemintasan udara di atas Laut Jepun, sebuah pesawat F-15J secara tidak sengaja telah ditembak dengan peluru berpandu Sidewinder AIM-9L oleh rakan sepelatih. Juruterbang, Lt. Tatsumi Higuchi berjaya melenting keluar daripada pesawat. Kedua-dua F-15J yang terlibat adalah dari Skuadron ke-303, Pangkalan Tentera Udara Komatsu.[45]

Pada 2 November 2007, sebuah F-15C yang berusia 25 tahun (no. siri 80-0034 dari Sayap Pejuang ke-131) terhempas semasa melakukan latihan pertempuran udara berdekatan St. Louis, Missouri. Juruterbang, Mej. Stephen W. Stilwell, berjaya melenting keluar tetapi mengalami kecederaan serius. Kejadian ini disebabkan kegagalan struktur pesawat yang pecah semasa dalam penerbangan. Pada 3 November 2007, kesemua model F-15 kritikal bukan misi dilarang dari diterbangkan sehingga keputusan penyiasatan kemalangan diketahui,[46] dan pada hari berikutnya, pesawat F-15 kritikal bukan misi yang digunakan di Timur Tengah pula disadaikan.[47] Sehingga 13 November 2007, lebih daripada 1,100 buah disadaikan setelah Israel, Jepun dan Arab Saudi melarang pesawat F-15 mereka dari diterbangkan.[48] Pesawat F-15E kemudian dibenarkan untuk digunakan pada 15 November 2007 setelah pesawat ini melepasi pemeriksaan.[49] Pada 8 Januari 2008, Tentera Udara A.S membenarkan 60% daripada angkatan pesawat F-15AD kembali digunakan.[31] Pada 10 Januari 2008, badan kajian kemalangan mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa kemalangan pada 2 November 2007 berkait dengan longeron yang tidak memenuhi spesifikasi lukisan.[32] Tentera Udara A.S membenarkan kesemua pesawat F-15AD yang tersadai untuk digunakan semula pada 15 Februari 2008 bergantung kepada pemeriksaan, kajian dan pembaikan yang perlu. Pada Mac 2008, Stilwell, juruterbang yang cedera, telah memfailkan sama ke atas Boeing, pengeluar pesawat F-15.[50]

Rujukan

WikiPedia: F-15_Eagle http://www.1stfighter.com/history/1991.html#prof http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.airtoaircombat.com/background.asp?id=11... http://www.boeing.com/history/mdc/eagle.htm http://www.boeing.com/news/frontiers/archive/2003/... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q4/071009... http://www.cnn.com/2007/US/11/05/f15.grounding/ http://www.cnn.com/2008/US/03/25/pilot.lawsuit/ind... http://www.flightglobal.com/articles/2007/11/13/21... http://www.lockheedmartin.com/wms/findPage.do?dsp=...