Pembangunan F-15_Eagle

Asal

Pada Julai 1967, perisikan Tentera Udara A.S. terkejut [4] apabila mendapati Kesatuan Soviet telah membina sebuah pesawat pejuang yang besar, dikenali sebagai MiG-25 'Foxbat'.[5] Negara Barat pada masa itu tidak mengetahui bahawa pesawat MiG-25 direka sebagai pesawat pemintas berkelajuan tinggi, dan bukannya sebuah pesawat penguasaan udara;[6] Oleh yang demikian, aset utamanya adalah kelajuan dan bukannya kebolehkendalian. Satah ekor dan penstabil menegak besar yang terdapat pada pesawat MiG-25 membayangkan ianya sebuah yang mempunyai kebolehkendalian yang tinggi, yang mana membimbangkan A.S akan kemungkinan keupayaan pesawat ini melangkaui kemampuan pesawat A.S. Realitinya, sirip dan penstabil menegak yang besar pada pesawat MiG adalah diperlukan untuk mengelakan pesawat daripada mengalami penyangkut kekakuan semasa dalam kelajuan tinggi dan penerbangan pada altitud tinggi.

Program F-X

Penerbangan sulung McDonnell Douglas F-15A (S/N 71-0280).Kokpit F-15A.F-15C Tentera Udara A.S bergerak untuk berlepas.

Keperluan pesawat baru bagi kegunaan Tentera Udara A.S untuk mengatasi kekurangan pesawat Phantom semakin mendesak. Setelah menolak program VFX Tentera Laut A.S (yang telah menghasilkan pesawat F-14 Tomcat) disebabkan tidak memenuhi keinginan Tentera Udara A.S, pihak Tentera Udara A.S kemudian mengeluarkan spesifikasi keperluannya untuk Pesawat Pejuang Eksperimen (F-X), satu spesifikasi untuk sebuah pesawat pejuang penguasaan udara ringan.[7] Empat buah firma telah menghantar cadangan, pihak Tentera Udara kemudian menolak cadangan dari firma General Dynamics dan telah memilih Fairchild Republic, North American Rockwell, dan McDonnell Douglas untuk fasa definasi pada Disember 1968. Firma-firma ini kemudian menghantar cadangan teknikal pada Jun 1969. Tentera Udara kemudian mengumumkan pemilihan firma McDonnell Douglas pada 23 Disember 1969.[8] Pesawat McDonnel Douglas memiliki rekabentuk ekor berkembar seperti pesawat F-14, tetapi dengan sayap kepak kaku. Pesawat ini perbezaan ketara dari segi berat dan saiz berbanding dengan pesawat F-4 yang akan digantikannya.

Pesawat awal F-15 Eagle telah ditandakan sebagai F-15A bagi konfigurasi satu tempat duduk dan F-15B (asalnya TF-15A, kemudian dikenali sebagai F-15B kerana ia adalah sebuah pesawat yang memiliki keupayaan penuh untuk pertempuran) bagi versi dua tempat duduk. Versi-versi ini akan menggunakan enjin Pratt & Whitney F100 baru untuk mencapai nisbah tujahan-kepada-berat tempur melebihi 1. Cadangan untuk menggunakan meriam 25 mm Ford-Philco meriam GAU-7 dengan peluru tanpa perumah telah digugurkan untuk memberi laluan untuk menggunakan meriam standard M61 Vulcan disebabkan oleh masalah pembangunan. F-15 masih mengekalkan keupayaan untuk membawa 4 peluru berpandu Sparrow seperti Phantom. Sayap kakunya diratakan, ciri berbadan lebar pula membantu memeberi permukaan angkatan yang efektif. Terdapat keraguan samada keupayaan F-15 dengan persenjataan peluru berpandu Sparrow mencukupi untuk menentang ancaman pesawat aras dan berkelajuan tinggi seperti MiG-25 "Foxbat"; keupayaannya akhirnya akan dibuktikan dalam pertempuran.

Penerbangan sulung F-15A telah dilakukan pada Julai 1972 manakala penerbangan sulung versi dua tempat duduk iaitu F-15B (dahulunya TF-15A) dilakukan pada Julai 1973.[9]

F-15 memiliki radar "pandang bawah/tembak bawah" yang dapat membezakan sasaran bergerak aras rendah daripada permukaan bumi yang berserakan. F-15 akan menggunakan teknologi komputer dengan kawalan dan paparan baru untuk mengurangkan beban kerja juruterbang dan memerlukan hanya seorang juruterbang untuk mejimatkan berat. Tidak seperti F-14 atau F-4, F-15 hanya mempunyai kerangka kanopi tunggal dengan pandangan jelas kehadapan. F-15 diperkenalkan sebagai "pesawat penguasaan udara pertama yang dikhaskan kepada Tentera Udara A.S sejak F-86 Sabre."[10]

F-15 akan menguntungkan pengguna seperti Tentera Udara Israel dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun, manakala pembangunan pesawat F-15E Strike Eagle akan menghasilkan pesawat pejuang penyerang yang akan mengantikan pesawat F-111. Walaubagaimanupun, terdapat kritikan ke atas F-15 kerana ia terlalu besar untuk digunakan dalam pertempuran udara jarak dekat, dan juga terlalu mahal untuk diperoleh dalam jumlah yang besar bagi mengantikan F-4 dan A-7, menyebabkan kewujudan program Pesawat Pejuang Ringan (PPR) yang mana telah menghasilkan F-16 Fighting Falcon bagi Tentera Udara A.S dan pesawat kelas sederhana F/A-18 Hornet untuk Tentera Laut A.S.

Pesawat versi satu tempat duduk F-15C dan dua tempat duduk F-15D dikeluarkan pada 1978 dengan penerbangan sulung pada Februari dan Jun 1978.[11] Model-model baru ini memiliki beberapa penambahbaikan termasuk tambahan 900 kg bahan api dalaman tambahan, cadangan untuk membawa tangki bahan api luaran dan berat maksimum berlepas sehingga 68,000 lb (30,700 kg).

Penambahbaikan

Program Penambahbaikan Pelbagai Tahap untuk pesawat F-15 telah dimulakan pada Februari 1983. Pesawat pertama iaitu F-15C telah dikeluarkan pada 1985. Di antara penambahbaikan adalah komputer pusat yang dipertingkatkan; Set Kawalan Persenjataan Boleh Program, yang mana membolehkan penggunaan versi termaju peluru berpandu AIM-7, AIM-9, dan AIM-120A; dan an expanded Sistem Peperangan Elektronik Taktical yang mana menambahbaik penerima amaran radar ALR-56C dan set tindakan penyelamat ALQ-135. Pesawat 43 buah terakhir juga dipasang dengan radar Hughes APG-70 yang telah dipertingkat keupayaannya, radar ini juga digunakan dalam pesawat F-15E. Pesawat F-15C dengan radar APG-63 kemudian digantikan dengan radar APG-63(V)1, yang mana telah memperbaiki kebolehpercayaan dan keboleh-selenggaraan dengan ketara seperti mana keupayaan yang terdapat pada radar APG-70. Penambahbaikan ini kemudian dipasang pada kesemua pesawat sedia ada F-15.[12]

Rujukan

WikiPedia: F-15_Eagle http://www.1stfighter.com/history/1991.html#prof http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.airtoaircombat.com/background.asp?id=11... http://www.boeing.com/history/mdc/eagle.htm http://www.boeing.com/news/frontiers/archive/2003/... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q4/071009... http://www.cnn.com/2007/US/11/05/f15.grounding/ http://www.cnn.com/2008/US/03/25/pilot.lawsuit/ind... http://www.flightglobal.com/articles/2007/11/13/21... http://www.lockheedmartin.com/wms/findPage.do?dsp=...