F-14_Tomcat
F-14_Tomcat

F-14_Tomcat

Grumman F-14 Tomcat adalah merupakan sebuah pesawat dua tempat duduk berkelajuan supersonik, berenjin berkembar serta mempunyai sayap geometri boleh ubah. Peranan utama F-14 adalah sebagai platfom pesawat penguasaan udara maritim, pemintas bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 sehingga 2006. Pesawat ini juga melaksanakan misi-misi serangan tepat setelah dilengkapi dengan “Sistem Navigasi dan Sasaran Inframerah Aras Rendah pada Waktu Malam” (‘’Low Altitude Navigation and Targeting Infrared for Night’’ LANTIRN). [1] F-14 Tomcat dibangunkan selepas kegagalan projek F-111B, dan merupakan pesawat pejuang pertama dari siri F-1X Amerika Syarikat yang direka dengan mengabungkan pengalaman dari pertempuran udara semasa Perang Vietnam menentang pesawat MiG.Pesawat ini memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut A.S pada 1974 bagi mengantikan pesawat F-4 Phantom II. Pesawat ini juga telah dieksport kepada Tentera Udara Imperial Iran pada 1976. Penggunaan F-14 dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S telah dihentikan pada 22 September 2006, dan peranannya telah diambil alih oleh pesawat F/A-18E/F Super Hornet.[2] Sehingga tahun 2008, pesawat ini dipercayai masih digunakan oleh Tentera Udara Republik Islam Iran.