Peperangan_udara

Peperangan udara ialah penggunaan pesawat tentera dan pesawat terbang lain dalam peperangan. Peperangan udara merangkumi pesawat pengebom menyerang tumpuan musuh atau sasaran strategik; pesawat pejuang bertarung untuk menguasai ruang udara; pesawat serangan darat terlibat dalam sokongan udara dekat terhadap sasaran darat; pasukan udara tentera laut terbang menentang sasaran laut dan darat berdekatan; pesawat luncur, helikopter dan pesawat lain untuk membawa pasukan airborne seperti askar payung terjun; pesawat penangki minyak untuk melanjutkan masa operasi atau jarak; dan pesawat pengangkut tentera untuk memindahkan kargo dan anggota.[1] Dari segi sejarah, pesawat tentera termasuklah belon yang membawa peninjau artileri; kapal udara untuk mengebom bandar-bandar; pelbagai jenis pesawat pengintipan, pengawasan dan amaran awal udara yang membawa peninjau, kamera dan peralatan radar; pengebom torpedo untuk menyerang perkapalan musuh; dan pesawat tentera penyelamat udara-laut untuk menyelamatkan askar udara yang jatuh. Peperangan udara moden termasuklah peluru berpandu dan pesawat udara tanpa pemandu. Pasukan darat mungkin bertindak balas terhadap aktiviti udara musuh dengan peperangan anti pesawat.

Rujukan

WikiPedia: Peperangan_udara http://www.collectionscanada.ca/first-world-war/in... http://edition.cnn.com/2009/WORLD/americas/07/23/w... http://abcnews.go.com/Technology/story?id=8164538&... http://www.govexec.com/pdfs/072309kp1.pdf http://www.meairpower.com/ http://www.skygod.com/quotes/airpower.html http://www.europeanfilmgateway.eu/node/33/air%20ef... http://www.airpower.au.af.mil/airchronicles/cc/jjo... http://www.dtic.mil/doctrine/jel/doddict/data/a/22... http://web.archive.org/20110604211928/http://www.d...