Sejarah Peperangan_udara

Sejarah peperangan udara bermula pada zaman purba, dengan menggunakan layang-layang pembawa manusia di China. Dalam abad ke-3 ia berkembang ke peperangan belon. Kapal terbang telah mula digunakan untuk berperang dalam tahun 1911, pada awalnya sebagai rekonaisans, dan kemudian untuk pertempuran udara menembak jatuh pesawat rekon. Penggunaan pesawat untuk pengeboman strategik muncul semasa Perang Dunia II. Juga pada Perang Dunia II, Jerman Nazi mencipta banyak peluru berpandu dan sistem peluru ketepatan berpandu, termasuk peluru berpandu krus pertama, peluru berpandu balistik jarak pendek pertama, peluru berpandu permukaan ke udara pertama, dan peluru berpandu anti kapal pertama. Peluru berpandu balistik menjadi kunci utama semasa Perang Dingin, telah dilengkapi dengan kepala peledak nuklear, dan telah disimpan oleh kuasa-kuasa besar (A.S. dan K.R.S.S) untuk menghalang satu sama lain daripada menggunakannya. Penggunaan satelit tentera pertama adalah untuk rekonaisans pada tahun 1950an, dan penggunaannya telah berkembang kepada komunikasi seluruh dunia dan sistem maklumat dengan risikan daripada orbit yang menyokong pengagihan kegunaan tentera secara global.

Rujukan

WikiPedia: Peperangan_udara http://www.collectionscanada.ca/first-world-war/in... http://edition.cnn.com/2009/WORLD/americas/07/23/w... http://abcnews.go.com/Technology/story?id=8164538&... http://www.govexec.com/pdfs/072309kp1.pdf http://www.meairpower.com/ http://www.skygod.com/quotes/airpower.html http://www.europeanfilmgateway.eu/node/33/air%20ef... http://www.airpower.au.af.mil/airchronicles/cc/jjo... http://www.dtic.mil/doctrine/jel/doddict/data/a/22... http://web.archive.org/20110604211928/http://www.d...