Kelainan F-14_Tomcat

Sejumlah 712 buah F-14 telah dibina[5] di kilang Grumman di Calverton, Long Island dari tahun 1969 hingga 1991.[6] Ketika F-14 dikatakan dikeluarkan di Bethpage, New York, kerja pembinaan dan penerbangan ujian telah dilakukan di kemudahan milik Grumman di Calverton. Kilang Bethpage telah mengeluarkan pesawat semasa Perang Dunia I dan merupakan tempat asal para jurutera yang membina pesawat F-14. Bagaimanapun, kilang Bethpage tidak memiliki kemudahan atau lapangan terbang yang diperlukan untuk mengeluarkan pesawat yang besar ini.

F-14A

F-14A adalah merupakan pesawat asal bagi versi pesawat pemintas / pejuang dua tempat untuk semua keadaan cuaca untuk Tentera Laut A.S. Pengubahsuaian telah dibuat pada penghujung karier perkhidmatannya bagi menambah senjata serangan tepat dalam persenjataannya. Tentera Laut A.S telah menerima 478 buah F-14A manakala 79 buah lagi dihantar ke Iran.[5] Kumpulan pertama sejumlah 12 buah pesawat F-14A adalah versi prototaip.[7] 102 buah pesawat F-14A terakhir telah dihantar dengan enjin TF30-P-414A yang telah dipertingkatkan.[8] Sebagai rekod, pesawat F-14A ke-80 F-14A dikeluarkan untuk Iran, tetapi kemudian dihantar kepada Tentera Laut A.S.[5]

F-14B

F-14 telah ditingkat upaya buat pertama kali pada Mac 1987 dengan designasi F-14A Plus (atau F-14A+). Enjin P&W TF30 pada pesawat F-14A telah digantikan dengan enjin GE F110-400. F-14A+ juga menerima Sistem Amaran dan Tujuan Radar ALR-67 terkini. Kebanyakan sistem avionik termasuk radar AWG-9 dikekalkan. Pesawat F-14A+ kemudian didesignasikan semula sebagai F-14B pada 1 Mei, 1991. Sejumlah 38 buah pesawat baru dikeluarkan dan 48 buah F-14A telah ditingkat upaya ke versi F-14B.[9]

Enjin TF30 mengalami masalah sejak dari awal ekoran kecenderungan mengalami keadaan pegun pada sudut serangan tinggi dan semasa memacu pendikit dalam masa atau pada ketinggian melebihi 30,000 kaki. Enjin F110 memberi peningkatan ketara dari segi tujahan, menghasilkan 27,600 lbf (123 kN) dengan menggunakan pelepas-bakar. Peningkatan kuasa tujahan memberikan pesawat Tomcat kadar tujahan-kepada-berat melebihi 1:1 dengan kuantiti bahan api yang sedikit. Tujahan enjin tanpa menggunakan pelepas-bakar juga cukup berkuasa untuk pelepasan di atas kapal pengangkut, yang mana meningkatkan faktor keselamatan. Ia juga membolehkan Tomcat meluncur dengan selesa pada ketinggian melebigi 30,000 kaki, yang mana meningkatkan jarak dan iktihar hidup. Pesawat F-14B tiba pada masa yang tepat untuk melibatkan diri dalam Operasi Desert Storm.

Pada penghujung 1990-an, 67 buah F-14B telah ditingkat upaya untuk memanjangkan jangka hayat kerangka pesawat dan meningkatkan sistem avionik serangan dan pertahanan.

F-14D

Versi terakhr F-14 adalah F-14D Super Tomcat. F-14D mula dihantar pada 1991. Enjin asal TF-30 telah digantikan dengan enjin GE F110-400, serupa dengan enjin pada versi F-14B. F-14D juga memiliki sistem avionik digital terbaru termasuk kokpit kaca dan mengantikan radar AWG-9 dengan radar AN/APG-71 terbaru. Sistem-sistem lain termasuk Penyerak Perlindungan Diri Udara (ASPJ), Sistem Agihan Maklumat Taktikal Bersama (JTIDS), Kerusi Anjal Krew Udara Tentera Laut Biasa (NACES), SJU-17(V) dan Penjejak dan Pencari Inframerah (IRST).

Walaupun F-14D adalah merupakan versi muktamad bagi pesawat Tomcat, angkatan pesawat F-14 sedia ada tidak pernah ditingkatkan ke versi F-14D. Pada 1989, Setiausaha Pertahanan, Dick Cheney, telah mencadangkan tiada model versi F-14D yang akan diperoleh pada harga AS$ 50 juta sebaliknya menekanan pada proses pemodenan pada harga AS$ 25 juta. Beliau mendakwa F-14 adalah pesawat teknologi 1960-an dan merancang untuk mengantikan F-14 denganversi Pesawat Pejuang Taktikal Termaju.[10] Sebagai tolak ansur, Kongres A.S memutuskan untuk menghentikan pengeluaran dan membiayai pengeluaran bagi 55 buah sahaja. Sejumlah 37 buah pesawat baru telah dibina dan 18 buah pesawat F-14A telah ditingkat upaya ke versi F-14D.[9]