Kelainan F-15_Eagle

Model asas

F-15C Tentera Udara A.S di ruang udara Florida.F-15AVersi pesawat penguasaan udara, satu tempat duduk, semua keadaan cuaca, 384 buah dibina dalam tahun 1972-79.[36]F-15BVersi pesawat latihan, dua tempat duduk, dahulunya ditandakan dengan TF-15A, 61 buah dibina dalam tahun 1972-79.[36]F-15CVersi pesawat penguasaan udara satu tempat duduk yang dipertingkat, 483 buah dibina dalam tahun 1979-85.[36]F-15DVersi latihan dua tempat duduk, 92 buah dibina dalam tahun 1979-85.[36]F-15JPesawat penguasaan udara, satu tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun, 139 buah dibina dengan kebenaran berlesen oleh Mitsubishi dalam tahun 1981-97, 2 buah pesawat dibina di St. Louis.[36]F-15DJVersi latihan dua tempat duduk untuk Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun. 25 buah dibina dengan kebenaran berlesen oleh Mitsubishi pada tahun 1981-97, 12 buah dibina di St. Louis.[36]F-15N Sea EagleVersi untuk operasi di atas kapal pengangkut dicadangkan pada awal 1970-an kepada Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai pilihan kepada pesawat F-14 Tomcat yang lebih berat pada masa itu, dan dianggap satu program teknologi "berisiko". Pesawat F-15N-PHX merupakan sebuah lagi versi tentera laut yang boleh membawa peluru berpandu AIM-54 Phoenix. Pesawat ini mempunyai sayap berlipat, giar pendaratan diperkukuh dan pencangkuk ekor yang lebih kuat untuk operasi di dek kapal pengangkut.[37]Pandangan F-15E dari pesawat tangki.

F-15E dan terbitannya

Rencana utama: F-15E Strike Eagle
F-15E Strike EagleVersi dua tempat duduk pesawat penyerang / serangan darat jarak jauh dan sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk Tentera Udara A.S, 237 buah dibina dalam tahun 1985-2001.[36]F-15F Strike EagleCadangan pesawat satu tempat duduk bagi model F-15E.F-15H Strike EagleModel eksport F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Greece (dibatalkan)F-15I Ra'am (Thunder)Versi termaju F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Israel, 25 buah dibina dalam tahun 1996-98.[36]F-15K Slam EagleVersi termaju F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Republik Korea, 40 buah dibina dalam tahun 2005-08.F-15S Strike EagleVersi eksport F-15E Strike Eagle untuk Tentera Udara Diraja Arab Saudi, 72 buah dibina dalam tahun 1996-98.[36]F-15SG Strike EagleVersi termaju F-15E Strike Eagle untuk Angkatan Udara Republik Singapura. Versi asal dikenali sebagai F-15T.Pesawat penyelidikan F-15B milik NASA, pesawat #836 (74-0141), dipasang dengan penyangkut Quiet Spike yang direka untuk mengurangkan dan mengawal dentuman bunyi.

Penyelidikan dan ujian

F-15 Streak Eagle (72-0119)Sebuah pesawat F-15A yang tidak dicatkan, memecahkan 8 kali rekod kelajuan dunia di antara 16 Januari dan 1 Februari 1975. Ia kemudian dihantar ke Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat pada Disember 1980.[38]F-15S/MTD (71-0290)F-15B pertama yang diubahsuai menjadi pesawat STOL.[39]F-15 ACTIVE (71-0290)F-15 S/MTD kemudian diubahsuai menjadi sebuah pesawat penyelidikan teknologi kawalan penerbangan termaju dengan muncung tujahan vektor.[39]F-15 IFCS (71-0290)F-15 ACTIVE kemudian diubahsuai menjadi pesawat penyelidikan sistem kawalan penerbangan bijak.F-15 MANXNama konsep bagi pesawat F-15 ACTIVE versi tanpa ekor, tetapi pesawat eksperimen NASA ACTIVE tidak pernah diubahsuai menjadi pesawat versi tanpa ekor.F-15 Kemudahan Penyelidikan Penerbangan (71-0281 and 71-0287)2 buah F-15A telah diperoleh pada 1976 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden NASA dan digunakan untuk banyak eksperimen seperti: Highly Integrated Digital Electronic Control (HiDEC), Adaptive Engine Control System (ADECS), Self-Repairing and Self-Diagnostic Flight Control System (SRFCS) and Propulsion Controlled Aircraft System (PCA).[40] Pesawat 71-0281 telah dikembalikan kepada pihak tentera udara dan dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Langley AFB pada 1983.F-15B Kegunaan Penyelidikan (74-0141)Pengguna F-15 terkini dalam warna biru muda, F-15E dalam warna merah, pengguna terkini dan F-15E dalam warna biru gelapDiperoleh pada 1993, pesawat F-15B yang diubahsuai untuk NASA bagi Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden.[41]

Rujukan

WikiPedia: F-15_Eagle http://www.1stfighter.com/history/1991.html#prof http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.airtoaircombat.com/background.asp?id=11... http://www.boeing.com/history/mdc/eagle.htm http://www.boeing.com/news/frontiers/archive/2003/... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q4/071009... http://www.cnn.com/2007/US/11/05/f15.grounding/ http://www.cnn.com/2008/US/03/25/pilot.lawsuit/ind... http://www.flightglobal.com/articles/2007/11/13/21... http://www.lockheedmartin.com/wms/findPage.do?dsp=...