FM_Towns_Marty
FM_Towns_Marty

FM_Towns_Marty

FM Towns Marty (エフエムタウンズマーティー, Efu Emu Taunzu Mātī) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Fujitsu pada tahun 1993 dan hanya dipasarkan di Jepun sahaja[1]. Konsol ini merupakan konsol pertama di dunia yang berteraskan kepada teknologi 32-bit dan menggunakan media CD-ROM sebagai medium untuk permainan video yang dikeluarkan. Pengguna yang membeli set konsol ini akan menerima konsol itu sendiri serta sebiji alat pengawal standard, dan menawarkan aksesori tambahan seperti tetikus dan papan kekunci[2].Pembangunan konsol ini adalah berdasarkan kepada pasaran komputer peribadi yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di Jepun[3] dan spesifikasi konsol ini adalah berteraskan kepada produk komputer peribadi Fujitsu, FM Town[3][2].

Berkaitan