Felix_Baumgartner
Felix_Baumgartner

Felix_Baumgartner

Felix Baumgartner (bahasa Jerman: [felɪks baʊmgaːɐtnəʁ]; lahir 20 April 1969) ialah seorang penerjun udara, pelagak ngeri dan penerjun BASE berbangsa Austria.[1] Beliau mencatat rekod dunia dengan menerjun kira-kira setinggi 39 kilometer (24 mi) dan mencapai kelajuan sekitar 1,342 kilometres per hour (834 mph), atau Mach 1.24, pada 14 Oktober 2012, lalu menjadi orang pertama yang memecah batasan bunyi tanpa bantuan kenderaan ketika menerjun.[2][3] Beliau juga terkenal kerana melakukan lagak-lagak yang agak berbahaya sepanjang kerjayanya. Baumgartner menghabiskan masa dalam tentera Austria di mana beliau berlatih terjun payung, termasuk mendarat di zon sasaran kecil.Projek terkini Baumgartner ialah Red Bull Stratos, yang mana beliau terjun ke Bumi dari belon helium di stratosfera pada 14 Oktober 2012. Dalam projek ini, beliau mencatat rekod altitud untuk penerbangan belon berorang,[4] terjunan payung terjun dari altitud tertinggi, dan halaju jatuh bebas tertinggi.[5][6][7]

Felix_Baumgartner

Nama samaran B.A.S.E. 502
Fearless Felix
Kelahiran (1969-04-20) 20 April 1969 (umur 50)
Salzburg, Austria

Rujukan

WikiPedia: Felix_Baumgartner http://www.kleinezeitung.at/sport/stratos/3152273/... http://salzburg.orf.at/news/stories/2557681/ http://www.atairaerospace.com/press/2003/11/birdma... http://www.cnn.com/2012/10/14/us/skydiver-record-a... http://www.csmonitor.com/USA/Latest-News-Wires/201... http://www.esquire.com/felix-baumgartner-skydive-0... http://www.felixbaumgartner.com/ http://www.felixbaumgartner.com/index.php?id=20 http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://news.jolchobi.com/2012/10/faster-than-sound...