Biografi Felix_Baumgartner

Felix Baumgartner lahir pada 20 April 1969 di Salzburg, Austria.[8] Sewaktu kecil, beliau berimpian hendak terbang dan terjun udara.[9] Pada tahun 1999, beliau menuntut rekod dunia untuk terjunan payung terjun tertinggi dari sebuah bangunan dengan terjun dari Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.[10] Pada 25 Julai 2003, Baumgartner menjadi orang pertama yang terjun udara di seberang Selat Inggeris dengan menggunakan sayap gentian karbon yang dibuat khusus.[1][11] Alban Geissler yang membangunkan sayap gentian karbon SKYRAY bersama Christoph Aarns, menerangkan selepas terjunan Baumgartner bahawa sayap yang digunakan oleh beliau itu merupakan salinan untuk dua buah sayap SKYRAY prototaip yang dijual kepada Red Bull (penaja Baumgartner) dua tahun sebelumnya.[12]

Baumgartner juga mencatat rekod dunia untuk terjunan BASE yang terendah sekali dengan terjunan 29 meter (95 ka) dari tangan patung Cristo Redentor di Rio de Janeiro.[13] Lompatan ini turut menimbulkan pertikaian sesama penerjun BASE yang berhujah bahawa Baumgartner memetik ketinggian patung berkenaan sebagai ketinggian terjunannya tetapi mendarat di atas cerun di bawah kaki patung, apalagi para penerjun BASE yang lain pernah terjun dari patung itu tetapi menghindari publisiti.[14]

Beliau menjadi orang pertama yang menerjun BASE dari Jejambat Millau di Perancis pada 27 Jun 2004[15] dan juga orang pertama yang terjun udara ke atas, kemudian terjun BASE dari bangunan Turning Torso di Malmö, Sweden pada 18 Ogos 2006.[16] Pada 12 Disember 2007, beliau menjadi orang pertama yang melompat dari dek cerapan di tingkat ke-91 Taipei 101 di Taipei, Taiwan.[17]

Red Bull Stratos

Pada Januari 2010, dilaporkan bahawa Baumgartner bekerja bersama sepasukan saintis dan penaja, Red Bull untuk mencuba terjunan udara yang tertinggi dalam rekod.[18]

Percubaan Terjunan

Pada 15 Mac 2012, Baumgartner membuat percubaan terjunan yang pertama dari ketinggian 21,818 meter (71,581 ka). Terjunan bebas itu memakan masa 3 minit dan 43 saat, mencapai kelajuan yang mencecah 580 kilometres per hour (360 mph), sebelum payung terjun dibuka. Seluruh terjunan itu lamanya sekitar 8 minit dan 8 saat, maka Baumgartner menjadi orang ketiga yang berpayung terjun dengan selamat dari ketinggian melebihi 21.7 kilometer (13.5 mi).[19][20]

Pada 25 Julai 2012, Baumgartner membuat precubaan terjunan yang kedua dari ketinggian 96,640 kaki (29,460 m). Beliau memakan masa 90 minit untuk mencapai altitud sasaran, dan terjunan bebasnya dianggarkan lamanya 3 minit dan 48 saat sebelum payung terjun dibuka.[21]

terjunan Utama

Pelancaran asalnya dijadualkan pada 9 Oktober 2012, tetapi ditangguh akibat keadaan cuaca yang tidak selamat, maka pelancaran dijadualkan semula dan misi akhirnya berlangsung pada 14 Oktober 2012 apabila Baumgartner mendarat di timur negeri New Mexico selepas menerjun dari ketinggian rekod dunia 39,045 meter (128,100 ka).[22][23] Berasaskan data yang disediakan, Baumgartner turut mencatat rekod untuk penerbangan belon berorang yang tertinggi (pada ketinggian yang sama) dan kelajuan terjun bebas yang terlaju pada 1,342 kilometres per hour (834 mph), menjadikan beliau manusia pertama yang memecah batasan bunyi di luar kenderaan.[3][24][25] Baumgartner terjun bebas selama 4 minit dan 19 saat, iaitu 17 saat lebih daripada terjunan oleh mentornya, Joseph Kittinger pada tahun 1960.[3]

Latihan untuk terjunan

Pada mulanya, Baumgartner bergelut dengan klaustrofobia setelah menghabiskan masa di dalam sut tekanan yang diperlukan untuk terjunan, tetapi mengatasinya dengan bantuan daripada seorang pakar psikologi sukan dan pakar-pakar yang lain.[22][26][27]

Rujukan

WikiPedia: Felix_Baumgartner http://www.kleinezeitung.at/sport/stratos/3152273/... http://salzburg.orf.at/news/stories/2557681/ http://www.atairaerospace.com/press/2003/11/birdma... http://www.cnn.com/2012/10/14/us/skydiver-record-a... http://www.csmonitor.com/USA/Latest-News-Wires/201... http://www.esquire.com/felix-baumgartner-skydive-0... http://www.felixbaumgartner.com/ http://www.felixbaumgartner.com/index.php?id=20 http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://news.jolchobi.com/2012/10/faster-than-sound...