Kerjaya Fendy_Bakry

2012–2016: Kerjaya awal

Fendy Bakry terpilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12 bersama finalis termasuk Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Roshdi dan Saharul Ridzwan. Selepas Hero Remaja tamat, Fendy memulakan kerjaya lakonannya, bermula dengan Zeel Production, kemudian Osman Ali mengasah bakatnya dalam bidang lakonan. Bermula di situlah Fendy mula serius berkecimpung dalam bidang lakonan.[4]

Kerjaya filem Fendy bermula pada 2014 setelah menerima tawaran daripada pengarah Mamat Khalid. Beliau berlakon bersama Shuib Sepahtu dan Shuk Balas menerusi peranan kecil dalam filem komedi pengembaraan jenayah, Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang ditayangkan pada 25 September 2014.[5] Beliau kemudiannya berlakon bersama Fazura, Farid Kamil dan Keith Foo menerusi filem Langit Cinta arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 7 Januari 2016.[6]

Beliau juga pernah berlakon dalam iklan Hari Raya Aidilfitri 2016 BDB Land. Selain itu, sebelum menjadi terkenal, beliau juga berlakon dalam dua filem pendek—Bangkit dan Syaitan 'Apabila Hati Telah Hitam' pada tahun 2016. Menerusi filem pendek Syaitan, beliau menjadi Penolong Pengarah filem pendek arahan pelajar Universiti Utara Malaysia.

2017–kini: Puncak populariti dan mula dikenali

Fendy meraih kejayaan komersial melalui gandingannya bersama Eyra Hazali dalam drama adaptasi novel, Mr. Grey yang bersiaran di Astro Ria bermula 9 April 2018. Sejak drama Kerna Syurga Bukan Percuma, Fendy mempunyai kelab peminat bernama "Fendynisme". Setelah empat bulan tidak menerima tawaran berlakon kerana penyakitnya, di bulan Julai 2018, Fendy mendapat tawaran untuk berlakon dalam satu persembahan teater untuk Malam Kilauan Cahaya Istana Arau 2018 bertajuk Aladdin bersama pelajar UNIMAP.

Fendy menjalani penggambaraan drama adaptasi novel, Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli yang ditayangkan pada pertengahan Disember 2018 di saluran Astro Ria untuk Slot MegaDrama. Beliau menjadi hero utama. Beliau juga berlakon telefilem antologi cerpen Kahwin-Kahwin untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau akan membawakan tiga watak berlainan dalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, iaitu Eyra Hazali.[7] Selepas telefilem Kahwin Kahwin, beliau berlakon bersama Amelia Henderson dalam telefilem 30 Hari Membunuh Cinta juga untuk saluran Astro Citra.

Drama Destinasi Ukhuwah yang dilakonkan Fendy bersama Zalif Sidek, Amerul Affendi dan Adam Shahz sebenarnya memulakan penggambaraan dari Johor ke Thailand pada tahun 2016, tetapi bersiaran pada 31 Disember 2018 di siaran TV1. Drama ini yang merupakan arahan Osman Ali sepatutnya bersiaran pada Julai 2018 tetapi tertangguh siarannya.[8]

Fendy diminta oleh penyanyi-komposer Asfan Shah untuk menghasilkan sebuah single. Asfan Shah sendiri yang menggubahkan lagu untuk Fendy. Single tersebut berunsurkan balada. Beliau mencuba menjalankan perniagaan jualan baju Melayu dan kurta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun 2019.[perlu rujukan] Selain itu beliau juga akan muncul dengan beberapa drama dan telefilem termasuk telemovie raya pada tahun 2019. Beliau juga berlakon mini siri yang hanya akan ditayangkan selama 4 episod di TV3, slot Samarinda iaitu drama Voice Note bersama Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Ikmal Amry, Amelia Henderson, Scha Elinnea, Shasha Abedul, Ali Reza, Ariff Bahran dan ramai lagi. Dalam mini siri ini, beliau memegang watak doktor hospital dan tunang kepada Sharifah Sakinah.

Fendy juga pernah berlakon iklan sejak pulih dari penyakitnya. Antaranya, iklan Cashless Society bersama Melanie Tan, pelakon baru (sebagai Fendy) serta iklan Rezeki Raya anjuran FINAS (sebagai Zaki).

Fendy sekali lagi mendapat tawaran berlakon drama adaptasi novel bertajuk Cinta Belum Tamat Tempoh dan memegang watak antagonis bernama Megat Haikal.Dalam drama ini,dia bergandingan dengan bekas isteri penyanyi/pelakon kelahiran Singapura,Bella Astillah sebagai bekas kekasihnya, Nafiz Muaz sebagai pesaingnya,Hun Haqeem dan Dayang Areeda sebagai sepupunya. Drama 16 episod itu menghiasi Slot Megadrama yang berakhir pada 3 Oktober 2019 .

Saat ini (dari bulan September 2019) Fendy sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri untuk saluran Astro Prima yang menampilkan Azar Azmi,Safwan Nazri ,Fasha Sandha dan Zamarul Hisham.Drama yang akan ditayangkan pada tahun 2020 (tahun hadapan) ini merupakan drama pertama beliau yang berepisod panjang iaitu sebanyak 65 episod.

Rujukan

WikiPedia: Fendy_Bakry http://www.ohmymedia.cc/spotlight/selebriti/kenali... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/langit-ci... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/fendi... http://www.utusan.com.my/hiburan/mr-grey-sakit-1.6... http://www.utusan.com.my/hiburan/terbabit-cinta-ti... https://www.budiey.com/fendy-bakry-sedia-kembali-a... https://www.facebook.com/FendyBakry https://www.instagram.com/FendyBakry/ https://www.rotikaya.com/netizen-lupakan-fattah-am...