Ferenc_Puskás
Ferenc_Puskás

Ferenc_Puskás

Ferenc Puskás (Hungarian: [ˈfɛrɛnt͡s ˈpuʃkaːʃ]; née Purczeld; 2 April 1927[2] – 17 November 2006) merupakan seorang pengurus dan pemain bola sepak Hungary, yang diiktiraf secara meluas sebagai pemain terbaik sepanjang zaman. Sepanjang kerajayanya, beliau telah menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk Hungary, dan 514 gol dalam 529 perlawanan liga Hungary dan La Liga. Beliau menjadi juara Olimpik pada 1952 dan membawa negaranya ke perlawanan akhir Piala Dunia 1954 yang mana beliau dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau memenangi Piala Eropah (1959, 1960, 1966), 10 kejohanan kebangsaan (5 Hungary dan 5 Sepanyol Primera División) dan penghargaan penjaringan 8 individu teratas. Pada 1995, beliau diiktiraf sebagai penjaring teratas pada abad ke-20 oleh IFFHS.[3][4][5]Puskás memulakan kerjayanya di Hungary bermain untuk Kispest dan Budapest Honvéd. Beliau merupakan penjaring teratas di Liga Hungary bagi empat acara, dan pada 1948, beliau merupakan penjaring gol teratas di Eropah. Semasa tahun 1950an, beliau merupakan ahli dan kapten terkemuka pasukan kebangsaan Hungary, dikenali sebagai Mighty Magyars. Pada 1958, dua tahun selepas Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau bermain untuk Real Madrid. Ketika beraksi bersama Real Madrid, Puskás memenangi Pichichis dan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Selepas bersara sebagai pemain, beliau menjadi jurukatih. Kemuncak kerjaya jurulatih hadir pada 1971 apabila beliau membimbing Panathinaikos kepada perlawanan akhir Piala Eropah, di mana mereka tewas kepada 2–0 kepada AFC Ajax. Pada 1993, beliau kembali ke Hungary dan mengambil tugas sementara bagi pasukan kebangsaan Hungary.[6] Pada 1998, beliau menjadi salah seorang daripada duta pertama FIFA/SOS Charity.[7] Pada 2002, Népstadion di Budapest telah dinamakan Puskás Ferenc Stadion sebagai tanda penghargaan. Beliau juga diiktiraf sebagai pemain Hungary selama lebih 50 tahun oleh Persekutuan Bola Sepak Hungary di dalam Anugerah Jubli UEFA pada November 2003.[8] Pada Oktober 2009, FIFA mengumumkan pelancaran Anugerah Puskás FIFA, dianugerahkan kepada pemain yang paling banyak menjaringkan gol pada tahun-tahun terdahulu. Beliau juga disenaraikan di Pelé FIFA 100.

Ferenc_Puskás

1967 San Francisco Golden Gate Gales
1968 Vancouver Royals
1975 Real Murcia
1993 Hungary
1986–1989 Cerro Porteño
Anugerah Peserta untuk  Hungary Sukan Olimpik Helsinki 1952Pertandingan Pasukan Peserta untuk  HungarySukan Olimpik
1961–1962 Sepanyol
1943–1955 Budapest Honvéd[1]
Nama penuh Ferenc Purczeld Biró
Tarikh kematian 17 November 2006(2006-11-17) (umur 79)
Tempat kematian Budapest, Hungary
1945–1956 Hungary
Posisi permainan Penyerang
1958–1966 Real Madrid
Tahun Pasukan
Tempat lahir Budapest, Kerajaan Hungary
1970–1974 Panathinaikos
1976–1977 Arab Saudi
1979–1982 Al-Masry
1978–1979 AEK Athens
1975–1976 Colo-Colo
Tarikh lahir (1927-04-02)2 April 1927
1985–1986 Sol de América
1989–1992 South Melbourne Hellas
1968–1969 Alavés
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 11⁄16 in)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ferenc_Puskás http://www.as.com/articulo/Futbol/Coronel/Puskas/z... http://www.bdfutbol.com/en/j/j7862.html http://www.bdfutbol.com/en/p/j7862.html?cat=SEL http://bestfootballplayersever.com/players/puskas.... http://beyondthelastman.com/2013/04/29/eric-battys... http://diagnosticofutbol-educombe.blogspot.com/200... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.goldenfoot.com/legends.php?l=en http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.realmadrid.com/en/about-real-madrid/his...