Ferenc Puskás (Hungarian:
[ˈfɛrɛnt͡s ˈpuʃkaːʃ]; née
Purczeld; 2 April 1927
[2] – 17 November 2006) merupakan seorang pengurus dan pemain bola sepak Hungary, yang diiktiraf secara meluas sebagai pemain terbaik sepanjang zaman. Sepanjang kerajayanya, beliau telah menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk
Hungary, dan 514 gol dalam 529 perlawanan liga Hungary dan
La Liga. Beliau menjadi juara Olimpik pada 1952 dan membawa negaranya ke perlawanan akhir Piala Dunia 1954 yang mana beliau dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau memenangi
Piala Eropah (1959, 1960, 1966), 10 kejohanan kebangsaan (5
Hungary dan 5 Sepanyol
Primera División) dan penghargaan penjaringan 8 individu teratas. Pada 1995, beliau diiktiraf sebagai penjaring teratas pada abad ke-20 oleh IFFHS.
[3][4][5]Puskás memulakan kerjayanya di Hungary bermain untuk
Kispest dan
Budapest Honvéd. Beliau merupakan penjaring teratas di
Liga Hungary bagi empat acara, dan pada 1948, beliau merupakan penjaring gol teratas di Eropah. Semasa tahun 1950an, beliau merupakan ahli dan kapten terkemuka pasukan kebangsaan Hungary, dikenali sebagai
Mighty Magyars. Pada 1958, dua tahun selepas
Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau bermain untuk
Real Madrid. Ketika beraksi bersama Real Madrid, Puskás memenangi Pichichis dan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan akhir
Liga Juara-juara Eropah. Selepas bersara sebagai pemain, beliau menjadi jurukatih. Kemuncak kerjaya jurulatih hadir pada 1971 apabila beliau membimbing
Panathinaikos kepada perlawanan akhir Piala Eropah, di mana mereka tewas kepada 2–0 kepada
AFC Ajax. Pada 1993, beliau kembali ke Hungary dan mengambil tugas sementara bagi pasukan kebangsaan Hungary.
[6] Pada 1998, beliau menjadi salah seorang daripada duta pertama FIFA/SOS Charity.
[7] Pada 2002, Népstadion di Budapest telah dinamakan Puskás Ferenc Stadion sebagai tanda penghargaan. Beliau juga diiktiraf sebagai pemain Hungary selama lebih 50 tahun oleh Persekutuan Bola Sepak Hungary di dalam Anugerah Jubli UEFA pada November 2003.
[8] Pada Oktober 2009, FIFA mengumumkan pelancaran
Anugerah Puskás FIFA, dianugerahkan kepada pemain yang paling banyak menjaringkan gol pada tahun-tahun terdahulu. Beliau juga disenaraikan di
Pelé FIFA 100.