Sejarah Fotografi_udara

Honoré Daumier, "Nadar élevant la Photographie à la hauteur de l'Art" (Gambar tinggi Nadarbagi Seni), diterbitkan di Le Boulevard, 25 May 1862.

Fotografi udara pertama kali dilakukan oleh jurugambar Perancis dan juru belon Gaspard-Félix Tournachon, dikenali sebagai jurugambar Nadar, pada tahun 1858 di Paris, Perancis.[1]

Kamera gambar bergerak pertama digunakan dipasang pada pesawat lebih berat dari udara berlaku pada April 24, 1909 di udara Rome dalam filem bisu sepanjang 3:28, Wilbur Wright und seine Flugmaschine.

Kamera udara separa automatik khas direka pada tahun 1911 oleh jurutera tentera Russia — Colonel Potte V. F.[2] This aerial camera was used during World War I.

Kegunaan fotografi udara bagi tujuan ketenteraan dikembangkan semasa Perang Dunia Pertama oleh ramai penerbang lain seperti Fred Zinn. Salah satu pertempuran yang terkenal adalah semasa pertempuran Neuve Chapelle.

Pemetaan udara mula digunakan dimedan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Pada Januari 1918, Jeneral Allenby menggunakan lima juru terbang Australia dari AFC Squadron No. 1 untuk mengambil gambar kawasan seluas 624 batu persegi (1,620 km2) di Palestine sebagai bantuan memperbetulkan dan membaiki peta perbatasan Turki. Leftenan Leonard Taplin, Allan Runciman Brown, H. L. Fraser, Edward Patrick Kenny, dan L. W. Rogers mengambil gambar blok tanah terbentang dari perbatasan hadapan Turki se dalam 32 batu (51 km) ke kawasan belakang mereka. Bermula dari 5 Januari, mereka terbang dengan iringan pejuang bagi menghalau pejuang musuh. Menggunakan kapal terbang Royal Aircraft Factory BE.12 dan Martinsyde, mereka tidak hanya perlu mengatasi serangan udara musuh, tetapi turut melawan angin selaju 65 batu sejam, tembakan antipesawat, dan peralatan yang rosak bagi menyempurnakan tugas mereka sekitar 19 Januari 1918.[3]

Dengan kemajuan kamera digital murah, ramai orang kini mengambil gambar biasa dari pesawat perdagangan dan semakin banyak dari penerbangan awam semasa penerbangan rehlah peribadi.