Francissca_Peter

Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai dengan panggilan Fran (dilahirkan pada 6 September 1961 di Ipoh, Perak) ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu di Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 20 buah lagu popular dan telah dianugerahkan "Vokal Wanita Terbaik" sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan tahun 1980-an. Selain itu, beliau pernah menjadi duta untuk "World Vision Malaysia" sejak tahun 2004.Di samping itu, beliau juga dikenali sebagai seorang guru vokal yang mendapat peranan juri untuk beberapa pertandingan nyanyian. Beliau juga mengadakan kelas tarian, kelas mencipta lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan pengurusan vokal. Fran juga dikenali sebagai "The Fundraising Queen" kerana beliau banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.