Frekuensi sangat tinggi atau
frekuensi amat tinggi (
Bahasa Inggeris:
Very high frequency,
VHF) ialah julat
frekuensi radio dari 30
MHz hingga 300
MHz. VHF juga dikenali sebagai
jalur meter atau
gelombang meter kerana julat lebar jalurnya adalah dari sepuluh hingga satu
meter. Frekuensi-frekuensi terdekat di bawah VHF ditandakan
HF, manakala frekuensi-frekuensi terdekat dikenali sebagai
frekuensi ultra tinggi (UHF).VHF selalu digunakan untuk siaran
radio FM pada 88–108 MHz dan siaran
televisyen (bersama
UHF). VHF juga sering digunakan untuk sistem pengemudian terestrial (khususnya
VOR),
komunikasi marin, dan komunikasi pesawat.Ciri-ciri
penyebaran frekuensi-frekuensi VHF sesuai untuk komunikasi terestrial jarak pendek, dengan julat biasanya lebih jauh daripada garis penglihatan pemancar (lihat rumus di bawah). Berbeza dengan frekuensi tinggi (HF), ionosfera biasanya tidak memantul radio VHF, maka pemancaran terhad pada kawasan setempat. VHF juga kurang terjejas oleh hingar atmosfera dan gangguan daripada kelengkapan elektrik berbanding frekuensi rendah. Meskipun lebih mudah terhalang oleh ciri-ciri tanah berbanding HF dan frekuensi lebih rendah, VHF kurang terjejas oleh bangunan dan objek-objek besar lain berbanding frekuensi lebih tinggi.Adalah juga lebih mudah untuk membina pemancar, penerima, dan
antena yang lebih cekap untuk VHF pada zaman awal radio, berbanding UHF. Di kebanyakan negara, spektrum VHF digunakan untuk penyiaran audio dan televisyen, dan juga radio dua hala komersial (seperti yang dikendali oleh teksi dan polis), komunikasi audio dua hala marin, dan radio pesawat.Sebahagian besar spektrum VHF yang bernilai dari segi teknikal dan komersial yang diambil oleh pemancaran televisyen telah menarik perhatian banyak syarikat dan kerajaan baru-baru ini, dengan pembangunan piawaian penyiaran
televisyen digital yang lebih cekap. DI sesetengah negara kebanyakan spektrum ini mungkin akan disediakan (barangkalinya untuk dijual) dalam sedekad akan datang.