Menu
Frekuensi_ultra_tinggi KegunaanUHF dan VHF adalah jalur frekuensi yang paling banyak digunakan untuk pemancaran isyarat televisyen. Telefon bimbit moden juga memancarkan dan menerima isyarat dalam spektrum UHF. UHF digunakan secara meluas oleh agensi-agensi perkhidmatan awam untuk komunikasi radio dua hala, biasanya menggunakan modulasi frekuensi jalur sempit, tetapi perkhidmatan digital juga makin banyak. Selama ini penyiaran radio amat sedikit dalam jalur ini sehingga baru-baru ini; rujuk penyiaran audio digital untuk maklumat selanjutnya. Sistem Kedudukan Sejagat turut menggunakan UHF.
2.45 GHz, kini banyak digunakan untuk Wi-Fi, Bluetooth dan telefon tanpa tali telah dicadangkan untuk pemindahan tenaga tanpa wayar. Eksperimen-eksperimen perintis telah dijalankan, namun kaedah ini belum lagi dilaksanakan secara besar-besaran.
Radio amatur juga beroperasi dalam beberapa jalur UHF.
Menu
Frekuensi_ultra_tinggi KegunaanBerkaitan
Frekuensi radio di Perak Frekuensi radio di Terengganu Frekuensi radio di Pahang Frekuensi radio di Johor Frekuensi radio di Kelantan Frekuensi teramat rendah Frekuensi radio di Selangor Frekuensi radio di Melaka Frekuensi radio di Kedah Frekuensi radio di Negeri SembilanRujukan
WikiPedia: Frekuensi_ultra_tinggi