Friedrich_Paulus
Friedrich_Paulus

Friedrich_Paulus

Perang Dunia II
Friedrich Wilhelm Ernst Paulus (23 September 1890 – 1 Februari 1957) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-6. Beliau mendapat pangkat Fil Marsyal dalam masa 2 jam sebelum penyerahan kalah tentera Jerman dalam Pertempuran Stalingrad (Ogos 1942 hingga Februari 1943). Pertempuran berakhir dengan bencana untuk Jerman Nazi apabila tentera Soviet mengepung dan mengalahkan kira-kira 265,000 askar Wehrmacht, sekutu Paksi mereka dan kolaborator.Paulus menyerah diri di Stalingrad pada 31 Januari 1943,[Note 1] iaitu hari yang sama beliau diumumkan kenaikkan pangkatnya ke Fil Marsyal oleh Adolf Hitler.Hitler menjangka Paulus akan membunuh diri,[2] mengulangi kepada para pegawainya bahawa tidak ada Fil Marsyal Jerman pernah ditangkap hidup-hidup. Sewaktu dalam tahanan Soviet ketika peperangan, Paulus menjadi pengkritik lantang terhadap rejim Nazi dan menyertai Jawatankuasa Nasional bagi Jerman Bebas yang ditaja oleh Soviet. Beliau berpindah ke Jerman Timur pada 1953.

Friedrich_Paulus

Pangkat Generalfeldmarschall
Nama lahir Friedrich Wilhelm Ernst Paulus
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tahun perkhidmatan 1910 - 1943
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi (hingga 1943)
 Jerman Timur
Pertempuran Perang Dunia I

Perang Dunia II

Meninggal dunia 1 Februari 1957(1957-02-01) (umur 66)
Dresden, Jerman Timur
Kelahiran (1890-09-23)23 September 1890
Guxhagen, Hesse, Empayar Jerman
Arahan Asisten Ketua Staf 1 Tentera Darat
Tentera Darat Ke-6