Tentera_Darat_Ke-6_(Wehrmacht)

Tentera Darat Ke-6 adalah nama bagi sebuah tentera darat medan (Ketumbukan) Jerman yang terbabit dalam Perang Dunia II. Tentera Darat Ke-6 menjadi terkenal kerana berjuang didalam Pertempuran Stalingrad yang mana ia menjadi tentera darat medan pertama Jerman yang dimusnahkan sepenuhnya. Selepas pertempuran Stalingrad, lebih kurang 107,800 anggota Tentera Darat Ke-6 memasuki tahanan Soviet, dimana hanya kira-kira 6,000 orang terselamat selepas dibebaskan.