Walther_von_Reichenau
Walther_von_Reichenau

Walther_von_Reichenau

Walter Karl Ernst August von Reichenau (8 Oktober 1884 – 17 Januari 1942) adalah seorang Fil Marsyal dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Seorang perajurit profesional dan veteran Perang Dunia I dan dalam Reichswehr, beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat di Upacara Fil Marsyal 1940, dan merupakan pegawai kanan ke-9 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Walaupun dianggap oleh generasi sezaman dan sejarawan sebagai salah seorang pegawai tentera Jerman yang paling kompeten, ia merupakan hubungan awal politiknya dengan jentera politik Nazi yang menjadi kunci kepada kebangkitan cepatnya, sesuatu yang dimarahi oleh ramai pegawai yang lebih tua dan lebih kanan dalam Tentera Darat. Kemarahan ini adalah faktor yang menyebabkan beliau ditolak sebanyak dua kali untuk menjadi Panglima Tentera Darat, walaupun disokong oleh Hitler. Seorang olahragawan dan atlit yang bersemangat, beliau adalah ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Beliau sangat menyokong dasar-dasar genosid di Perbatasan Timur dan terkenal kerana Perintah Kekerasan ciptaannya, yang dikeluarkan semasa memerintah Tentera Darat Ke-6 Jerman. Reichenau adalah seorang pelari rentas desa yang biasa dan diserang strok selepas larian rutin dalam cuaca sejuk pada 14 Januari 1942.[1] Beliau kemudian mengalami kecederaan kepala yang teruk apabila pesawat yang membawanya pulang ke Leipzig untuk mendapatkan rawatan perubatan terhempas ketika mendarat di Lemberg. Samada beliau meninggal dunia akibat strok, serangan jantung atau dari kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan itu sememangnya tidak diketahui.

Walther_von_Reichenau

Pangkat Generalfeldmarschall
Tandatangan
Nama lahir Walter Karl Ernst August von Reichenau
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Tahun perkhidmatan 1903–1942
Unit Artileri
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 17 Januari 1942(1942-01-17) (umur 57)
Poltava, Soviet Union
Arahan Tentera Darat Ke-10, 1939
Tentera Darat Ke-6, 1940
Kumpulan Tentera Darat Selatan, 1941-42
Kelahiran (1884-10-08)8 Oktober 1884
Karlsruhe, Baden, Empayar Jerman
Disemadikan Tanah Perkuburan Invalidenfriedhof Berlin
Perkhidmatan Heer