Zeppelin Friedrichshafen

Rencana utama: Zeppelin
Poskad: Pemandangan sekitar Friedrichshafen dengan gambar kapal udara Zeppelin dan juga Kapal terbang.

Usaha-usaha mempergiat sektor perindustrian di bandar Friedrichshafen ini seterusnya dijalankan terutamanya oleh Ferdinand von Zeppelin. Beliau menempatkan pusat pengeluaran kapal udara tegarnya yang terkenal iaitu Zeppelin di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat pemunggahan barang-barang dagangan.

Pembinaan pertama dilakukan pada tahun 1899 di sebuah gudang terapung di Teluk Manzell, tebing Tasik Constance, bandar Friedrichshafen. Lokasi ini dipilih kerana gudang itu boleh dijajarkan selari dengan tiupan angin bagi memudahkan usaha-usaha melancarkan kapal ini yang agak rumit. Prototaip pertama LZ1 (LZ untuk Luftschiff Zeppelin, atau Kapal udara Zeppelin) yang berukuran 128 m panjang berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada 2 Julai 1900. Setelah beberapa masalah, prototaip kedua LZ2 pula diterbangkan. Minat terhadap kapal udara ini di kalangan warga Jerman menyaksikan projek ini terus berjalan walaupun menemui pelbagai masalah. Namun, usaha ini tidak diteruskan selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua.