Friz_Freleng

Isadore "Friz" Freleng (21 Ogos 1905[1] – 26 Mei 1995) ialah seorang juruanimasi, kartunis, pengarah dan penerbit filem yang terkenal kerana mengusahakan siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies dari Warner Bros. Beliau memperkenalkan dan membangunkan antara bintang-bintang animasi terkemuka yang lahir di studio Warner Bros, iaitu Bugs Bunny, Porky Pig, Tweety Bird, Sylvester si kucing, Yosemite Sam, Speedy Gonzales dan sebagainya. Selaku pengarah kanan di studio Termite Terrace yang didirikan oleh Warner Bros., Freleng mengarah lebih banyak kartun daripada mana-mana pengarah lain di studio (sejumlah 266 buah kartun), dan juga merupakan pengarah Warner yang paling terhormat dengan meraih empat Anugerah Akademi. Selepas Warner Bros. menutup studio animasi Termite Terrace pada tahun 1963, Freleng bersama rakan niaga David DePatie menubuhkan DePatie-Freleng Enterprises yang menghasilkan kartun (khususnya The Pink Panther Show) sehingga 1980-an. Nama timangan "Friz" berasal dari rambutnya yang keriting halus (frizzly) pada suatu ketika.[2]