Gajah_(catur)
Gajah_(catur)

Gajah_(catur)

Buah gajah (Bahasa Inggeris: rook, Bahasa Belanda: toren; ♖,♜) adalah salah satu dari enam buah catur yang utama.Nama "gajah" ini datang daripada duluan permainan catur iaitu caturangga di mana salah satu rupa buah yang dimainkan menyerupai suatu gajah yang ditunggang askar semasa berperang dahulu. Rupa buah ini pula menyerupai suatu menara kepung beroda yang digunakan untuk mendekati benteng musuh yang barangkali tinggi dan kuat sukar ditempuhi dengan cara biasa.