Kerjaya Gal_Gadot

Gadot pada asalnya merancang untuk menjadi seorang peguam.[9] Walau bagaimanapun, ketika berumur 18 tahun, beliau memenangi pertandingan Miss Israel 2004 dan pergi ke Ecuador untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe. Gadot kemudiannya menyertai Pasukan Pertahanan Israel di mana beliau menyelesaikan khidmat ketenteraan selama dua tahun.[10]

Selepas meninggalkan tentera, Gadot mengambil jurusan undang-undang di sebuah universiti. Selepas menyelesaikan tahun pertamanya di universiti, seorang pengarah pemilihan pelakon melihat kadnya dan memanggilnya untuk menghadiri uji bakat untuk watak gadis Bond, Camille Montes dalam filem Quantum of Solace. Beliau gagal untuk mendapat watak tersebut yang diberikan kepada Olga Kurylenko (yang kemudiannya bersaing bersama Gadot untuk watak Wonder Woman). Selepas uji bakat untuk Quantum of Solace, pengarah pemilihan pelakon tersebut memilih Gadot untuk watak Gisele dalam filem Fast & Furious.

Pada tahun 2007, Gadot mengambil bahagian dalam sesi penggambaran Maxim, "Wanita daripada tentera Israel" dan beliau ditampilkan dalam muka hadapan New York Post. Pada bulan April 2012, Shalom Life menyenaraikan beliau di tempat ke-5 dalam senarai "50 wanita Yahudi paling berbakat, bijak, kelakar dan cantik di dunia", di belakang model, Bar Refaeli dan pelakon, Eva Green.[11] Pada tahun 2014, Gadot merupakan seorang daripada dua pelakon wanita Israel bersama Odeya Rush disenaraikan dalam wanita utama akan datang oleh majalah InStyle.[12]

Model

Beliau telah mengetuai kempen antarabangsa untuk rum Captain Morgan, pewangi Gucci dan produk penjagaan kulit Vine Vera. Beliau juga telah mengiklankan Jaguar Cars. Beliau merupakan wajah jenama Gucci untuk wangian Bamboo,[5] telefon pintar Huawei dan Miss Sixty. Beliau telah ditampilkan dalam muka hadapan Cosmopolitan, Glamour, Bride Magazine dan FHM. Gadot telah menjadi seorang model untuk Castro.[13] Pada tahun 2013, pendapatan tahunan model beliau dianggarkan sekitar 2.4 juta.[14]

Lakonan

Pada tahun 2008, Gadot membintangi drama Israel, Bubot. Beliau muncul sebagai Gisele dalam Fast & Furious, filem keempat dalam siri filem The Fast & the Furious.[15][16] Pada tahun 2010, beliau mempunyai peranan kecil dalam filem Knight and Day.[17] Pada awal tahun tersebut, beliau muncul dalam filem Date Night sebagai Natanya, teman wanita karakter Mark Wahlberg. Beliau menyambung wataknya sebagai Gisele dalam filem Fast Five. Pada tahun 2013, Gadot sekali lagi melakonkan watak Gisele dalam filem Fast & Furious 6.

Pada bulan Disember 2013, DC Entertainment mengumumkan bahawa Gadot telah dipilih untuk watak Wonder Woman dalam Batman v Superman: Dawn of Justice dan telah ditandatangani untuk dua filem sekuel termasuk Justice League dan filem solo Wonder Woman.[18][19][20] Gadot menerima latihan pedang, Kung Fu kickboxing (tomoi), capoeira dan jiu-jitsu Brazil sebagai persediaan untuk watak tersebut.[21] Lakonan Gadot sebagai adiwira tersebut telah dipuji sebagai bahagian terbaik dalam filem itu.[22]

Juga pada tahun 2016, beliau membintangi filem jenayah debaran arahan John Hillcoat, Triple 9 bersama-sama Kate Winslet dan Aaron Paul.[23] Beliau juga membintangi filem Criminal sebagai isteri karakter Ryan Reynolds.[24] Gadot melakonkan peranan utama dalam filem komedi, Keeping Up with the Joneses bersama-sama Isla Fisher dan Jon Hamm.[25]

Rujukan

WikiPedia: Gal_Gadot http://www.umm.ca/articles/article.php?article_id=... http://batman-news.com/2014/01/22/gal-gadot-signed... http://dailyentertainmentnews.com/movies/yaron-var... http://deadline.com/2013/12/newcomer-gal-gadot-set... http://www.deadline.com/2014/02/open-road-acquires... http://blogs.forward.com/the-shmooze/137439/ http://www.glamour.com/entertainment/blogs/obsesse... http://www.haaretz.com/culture/arts-leisure/.premi... http://www.haaretz.com/culture/israeli-fashion-ret... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/wonde...