Gam haiwan merupakan bahan pelekat yang dihasilkan dengan merebus tisu penghubunghaiwan secara berlarutan.Gam koloidprotein ini terbentuk melalui hidrolisiskolagen dari kulit, tulang, tendon dan lain-lain tisu, seperti mana gelatin. Istilah "kolagen" itu sendiri berasal dari bahasa Yunani iaitu κόλλα kolla yang bermaksud "gam". Protein-protein ini membentuk ikatan molekul dengan objek yang direkat.Gam haiwan sering dikaitkan dengan kuda, kerana bangkai kuda sering dihantar untuk diproses sebagai gam. Antara haiwan lain yang menghasilkan gam adalah arnab dan ikan.[1]