Sinopsis Gamatisme

Haris (Syazwan Zulkifly), Daniel (Wan Elias), Reen (Adeline Tsen) dan Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di hostel mereka, semenjak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda).Misteri menyelubungi Zara apabila dia sering diganggu mimpi aneh melibatkan seorang wanita yang mengandung bersama bayinya. Ini menyebabkan Zara berada di dalam kemurungan. Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekati dan menyelami perasaannya.

Reen, rakan sebilik Zara, turut mendekatinya disebabkan rungsing dengan kemurungan Zara. Mereka berempat berangapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara ada kaitan dengan gangguan-gangguan yang dialami mereka.Sehinggalah suatu malam, sahabat karib mereka, Jojo mati dalam keadaan yang begitu ngeri di dalam bilik air pelajar lelaki. Ekoran itu, hampir semua pelajar meninggalkan kolej demi keselamatan mereka. Pada malam berikutnya, Reen menjadi mangsa seterusnya. Haris dan kekasih Reen, Daniel cuba menyelamatkan Reen namun berlaku perkara yang tidak di sangka-sangka mereka.

Selepas kekecohan itu berlaku Zara dihantar ke Pusat Rawatan Mental di Pulau Pangkor dan selepas 10 tahun itu Zara tidak pulih sepenuhnya yang mengalami gangguan mental. Haris sudah matlamat berlukis dan mendapat ijazah lukisan ingin membuka akademik lukisan. Selepas kematian kekasih Reen Daniel ingin bertaubat dan tidak melakukan hubungan seks lagi[2]