Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu lama yang hilang dan ada disebut dalam
Sejarah Melayu yang kini merangkumi
Beruas,
Dinding dan
Manjung yang pada masa kini terletak di
negeri Perak,
Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja
Rajendra Chola I dari
Coromandel,
India Selatan di antara tahun
1025 dan
1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu,
Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak
Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari
Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan
Iskandar Agung atau keluarga diraja
Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan
Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.
Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut
arkeologi.Kerajaan
Gangga Negara meliputi
Beruas dan
Dinding/
Manjung .
Artifak arca-arca
Buddha abad ke-5 dan ke-6
Masihi yang dijumpai di
Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di
Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja
Khmers dari
Kemboja.Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2
Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan
Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur
Bukit Segari di tepi
Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang
Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di
Pengkalan (
Ipoh ),
Lembah Kinta,
Tanjung Rambutan,
Bidor dan
Sungai Siput.Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di
Muzium Beruas.