Am Gelombang_S

Gelombang S bergerak sebgai gelombang melintang atau ricih, maka gerakannya adalah serenjang dengan arah rambatan gelombang: gelomang S umpama gelombang tali, berbandingh dengan gelombang P yang bergerak melalui slinky. Gelombang ini bergerak melalui bahantara yang anjal, dan daya pemulih yang utamanya datang dari kesan-kesan ricih. Gelombang ini tidak mencapah, sebaliknya mematuhi persamaan keselanjaran untuk bahantara yang tidak boleh dimampatkan:

∇ ⋅ u = 0. {\displaystyle \nabla \cdot \mathbf {u} =0.} Zon bayang gelombang P. Gelombang S tidak menembusi teras luaran, maka ia membayangi segala ruang yang lebih daripada 104° jauhnya dari pusat gempa (dari USGS)

Namanya, S untuk sekunder, datang dari kenyataan bahawa ia merupakan ketibaan langsung yang kedua dalam seismogram gempa bumi, menyusuli gelombang pertama, atau gelombang P, yang berbentuk mampatan, kerana gelombang S berjalan lebih perlahan dalam batu. Tidak seperti gelombang P, gelombang S tidak boleh berjalan melalui teras luar Bumi yang lebur, maka inilah yang menyebabkan zon bayang yang bertentangan dari punca gelombang S. Gelombang S masih boleh melalui teras dalam yang pejal: apabila gelombang P melanda sempadan teras lebur dan pejal, iaitu ketakselanjaran Lehmann, gelombang S pula akan merambat dalam bahantara yang pejal. Kemudian, apabila gelombang S melanda sempadan itu lagi, ia akan menghasilkan gelombang P. Ciri ini membolehkan para ahli seismologi untuk menentukan sifat teras dalam.[1]

Sebagai gelombang melintang, gelombang S menunjukkan sifat-sifat seperti pengutuban dan dwibiasan yang lebih kurang sama seperti gelombang melintang yang lain. Gelombang S yang mengutub pada satah melintang dipanggil gelombang SH, dan yang mengutub pada satah menegak pula dipanggil gelombang SV-. Apabila gelombang S atau P melanda suatu antaramuka pada sudut selain 90 darjah, maka berlakunya fenomena penukaran mod. Seperti yang diterangkan di atas, jika antaramuka itu terletak di antara pepejal dan cecair, S menjadi P dan P juga menjadi S. Bagaimanapun, sungguhpun antaramuka itu adalah antara dua bahantara yang pejal, penukaran mod tetap terjadi. Jika gelombang P melanda antaramuka, mungkin terjadinya empat mod rambatan: P yang dipantulkan dan dipancarkan, dan SV yang dipantulkan dan dipancarakan. Begitu juga, jika gelombang SV melanda antaramuka, empat mod yang sama berlaku dalam perkadaran yang berbeza. Jerayun yang tepat bagi kesemua gelombang ini ditakrifkan oleh persamaan Zoeppritz yang merupakan penyelesaian kepada persamaan gelombang. Gelombang S lebih perlahan daripada gelombang P.