Geneva (
/dʒᵻˈniːvə/;
Bahasa Perancis: Genève
[ʒənɛv];
Bahasa Jerman: Genf
[ɡɛnf];
Bahasa Itali: Ginevra
[dʒiˈneːvra];
Bahasa Romansh: Genevra) merupakan bandar kedua paling berpopulasi di
Switzerland (selepas
Zürich) dan juga merupakan bandar yang paling ramai penduduknya di Romandy, bahagian Switzerland yang bertutur dalam Perancis. Terletak di mana sungai
Rhône berhenti di
Tasik Geneva, Geneva juga merupakan ibu negeri bagi Republik dan Kanton Geneva.Bandar Geneva menampung penduduk seramai 200,548 orang, dan kantonnya (bandar serta pinggir bandar) mempunyai seramai 495,249 orang.
[1] Di dalam wilayah Swiss, ada kawasan pengualang-alik yang dinamakan "Métropole lémanique" yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.26 juta.
[2][3] Kawasan ini meliputi kawasan di bahagian timur dari Geneva sehingga ke kawasan Riviera (
Vevey,
Montreux) dan timur laut ke arah
Yverdon-les-Bains, berdekatan kanton
Vaud.Geneva merupakan bandar global, sebuah pusat kewangan dan pusat antarabangsa untuk diplomasi dengan adanya badan-badan antarabangsa, termasuklah ibu pejabat untuk
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu[4] dan
Persatuan Palang Merah.
[5] Geneva juga telah menjadi hos bagi badan-badan antarabangsa yang paling banyak di dunia.
[6] Di sini jugalah di mana
Konvensyen-konvensyen Geneva ditandatangani, terutama yang berkaitan dengan layanan terhadap orang-orang yang tak melawan dan tawanan perang.Pada 2017, Geneva merangkul tempat yang ke-15 bagi pusat kewangan terpenting di dunia dalam bidang daya saing oleh Indeks Pusat Kewangan Dunia, kelima di Eropah di belakang London, Zürich, Frankfurt dan Luxembourg.
[7] Pada 2019 Geneva tersenarai antara sepuluh bandar yang paling sesuai didiami di dunia oleh
Mercer bersama-sama Zürich dan
Basel.
[8] Bandar raya ini telah dirujuk sebagai metropolis paling padat di dunia
[9] dan sebagai "Ibu Kota Aman".
[10] Pada 2017, Geneva tersenarai sebagai bandar yang ketujuh paling mahal di dunia.
[11] Geneva juga ditempat yang ketiga bagi kuasa beli berdasarkan kedudukan oleh
UBS pada 2018.
[12]