Kontroversi Gennaro_Gattuso

Dalam satu perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Ajax pada September 2003, beliau telah dibuang padang pada masa kecederaan lewat permainan kerana menampar penyerang Ajax, Zlatan Ibrahimović. Sikap baran Gattuso dilihat seterusnya pada Disember 2005 pada perlawanan menentang Schalke 04 dalam Liga Juara-Juara, Gattuso dilihat mengejek pemain Schalke, Christian Poulsen sebagai balasan ke atas pemain itu yang bertindak melakukan terjahan keras ke atas Kaká.

Pada 15 Februari 2011, pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Milan dan Tottenham Hotspur, Gattuso menolak jurulatih Tottenham Joe Jordan di bahagian leher ketika kekecohan berlaku di tepi padang. Selepas perlawanan tamat dan selepas Gattuso bersalaman dengan pemain-pemain Tottenham, rakaman video menunjukkan beliau sekali lagi bertengkar dengan jurulatih Tottenham sebelum dihalang oleh pemain-pemain di kedua-dua belah pasukan. Menurut laporan akhbar, Jordan menggunakan kenyataan perkauman dengan menyebut Gattuso merupakan seorang "anak haram Itali" dari tepi padang. Pada keesokan harinya, UEFA mengumumkan akan mengenakan hukuman tambahan ke atas Gattuso oleh kerana tindakannya terhadap Jordan pada hari sebelumnya. Gattuso seterusnya digantung lima perlawanan Liga Juara-Juara. Satu perlawanan oleh kerana pengumpulan kad kuning dan empat perlawanan lagi kerana tindakannya terhadap Jordan.[50]

Rujukan

WikiPedia: Gennaro_Gattuso http://www.cbc.ca/sports/soccer/france-italy-domin... http://espnfc.com/news/story/_/id/1102130/gennaro-... http://espnfc.com/news/story/_/id/1563036/giuseppe... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/tournaments/archive/tournament... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=9741030... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/11880/iva...