Gennaro_Gattuso
Gennaro_Gattuso

Gennaro_Gattuso

Gennaro Ivan "Rino" Gattuso, (sebutan bahasa Itali: [dʒenˈnaro ɡatˈtuzo]; lahir 9 Januari 1978) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Itali dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus kelab Pisa.Ketika menjadi pemain bola sepak, Gattuso diletakkan di posisi pemain tengah bertahan walaupun beliau turut boleh beraksi di bahagian sayap.[6] Walaupun beliau memulakan kariernya di kelab kerdil Itali seperti Perugia dan Salernitana serta berkelana ke kelab Scotland, Rangers, beliau kemudian beraksi di Milan sebelum meraih dua kejuaraan Liga Juara-Juara, satu trofi Coppa Italia dan dua gelaran Serie A. Selain itu beliau turut merangkul dua Supercoppa Italiana, dua Piala Super UEFA dan satu trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Di peringkat antarabangsa pula, beliau mewakili negara tanah airnya, Itali ke Sukan Olimpik 2000 dan seterusnya tiga edisi Piala Dunia, dua edisi Kejohanan Eropah serta ke Piala Konfederasi FIFA 2009.Gandingan Gattuso dan Andrea Pirlo di bahagian pemain tengah sama ada ketika beraksi untuk kelab dan pasukan kebangsaan menjadi kunci kejayaan mereka sehingga bergelar juara mana-mana kejohanan. Mereka kunci utama pasukan Itali yang bergelar juara dunia pada tahun 2006 seterusnya menyaksikan kejayaan Milan di peringkat domestik mahupun antarabangsa pada pertengahan era 2000an. Walaupun Gattuso dilihat tidak mempunyai kemahiran atau skil yang ada pada dirinya, namun kekuatan, kerja keras Gattuso yang menyokong pergerakan dan aksi kreatif Pirlo membolehkan beliau dianggap salah satu pemain terbaik dunia di posisinya. Gattuso juga dikenali atas bakat kepimpinannya ke atas pasukan lebih-lebih lagi beliau menyarung sarung lengan kapten Milan selepas persaraan Paolo Maldini.Gattuso memulakan kerjaya pengurusnya ketika menjadi pemain-pengurus untuk kelab terakhir dalam karier pemainnya, Sion di Switzerland sebelum menjadi pengurus singkat di Palermo dan OFI Crete.

Gennaro_Gattuso

2000 Olimpik Itali[4]
2013 Sion (pemain-pengurus)
2014–2015 OFI Crete
1990–1995 Perugia
Tarikh lahir (1978-01-09) 9 Januari 1978 (umur 41)
2015– Pisa
1998–2000 Itali B21[3]
Kelab terkini Pisa (pengurus)
2000–2010 Itali[5]
Nama penuh Gennaro Ivan Gattuso[1]
1998–1999 Salernitana
2013–2014 Palermo
1995–1997 Perugia
1995–1996 Itali B18[3]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
1997–1998 Rangers
2012–2013 Sion
Tahun Pasukan
Tempat lahir Corigliano Calabro, Itali
1999–2012 Milan
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)[2]

Rujukan

WikiPedia: Gennaro_Gattuso http://www.cbc.ca/sports/soccer/france-italy-domin... http://espnfc.com/news/story/_/id/1102130/gennaro-... http://espnfc.com/news/story/_/id/1563036/giuseppe... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/tournaments/archive/tournament... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=9741030... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/11880/iva...