Sarawak terletak di Timur
Malaysia di kepulauan
Borneo, dan merupakan satu daripada dua negeri yang membentuk timur Malaysia. Dengan keluasannya 124,449.51 kilometer persegi, Sarawak menjadi negeri yang terbesar dan meliputi 37.5 peratus daripada seluruh Malaysia. Sarawak ialah kawasan tropika dengan iklim
khatulistiwa. Ia panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu dari 23 celsius sehingga 32 celsius. Hutan Sarawak ialah sumber dan aset yang paling penting. Hutan khatulistiwa ini menyumbangkan bilangan kayu balak dan produk hutan yang banyak. Hutan hujan tropika ini juga merupakan habitat bagi 8,000 spesis pokok bunga dan melebihi 20,000 spesis binatang.Pada
2002, bahagian di Sarawak telah ditambah, iaitu bahagian
Mukah dan
Betong. Setakat ini, Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang
Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Kuching adalah kawasan pertama dan seterusnya adalah
Sri Aman,
Sibu,
Miri,
Limbang,
Sarikei,
Kapit,
Kota Samarahan,
Bintulu,
Mukah dan
Betong. Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Bandaraya
Kuching,
Bau, Bandaraya
Miri,
Mukah,
Sibu,
Bintulu,
Sri Aman dan
Limbang.Terletak tepat pada utara Ekuator di antara
latitud 0°50° dan 5°N dan
longitud 109°36' dan 115°40' E, Sarawak merenggan sepanjang 800km barat daya pinggir laut pulau
Borneo. Sarawak terasing daripada
Semenanjung Malaysia ke barat dengan
Laut China Selatan yang kira-kira 600km dan dicantum ke negeri
Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan
Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan
Kalimantan,
Indonesia.