Sejarah George_Town,_Pulau_Pinang

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya ialah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang menyatakan Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) ialah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalan raya yang hendak dibangunkan. Selepas itu, Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina. Jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda.

Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan, Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Bangunan Bank Standard Charted Di Lebuh Pantai GeorgetownMakhamah Tinggi Georgetown

Rujukan

WikiPedia: George_Town,_Pulau_Pinang http://goseasia.about.com/od/penang/a/georgetown_p... http://asiancorrespondent.com/2012/08/exploring-ge... http://www.dromoz.com/directory/maps/?dipe=19920 http://maps.google.com/maps?ll=5.415559,100.336075... http://penangmonthly.com/an-analysis-of-penang/ http://www.talkmalaysia.com/georgetown-penang.html http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/03/25/p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://mbpp.gov.my/