Pengangkutan George_Town,_Pulau_Pinang

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 16 km dari selatan bandar raya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan dan destinasi

PenerbanganDestinasi
AirAsia Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura
Cathay Pacific Hong Kong1
China Airlines Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Xiamen
Firefly Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang
Indonesia AirAsia Jakarta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Singapura
Kartika Airlines Medan, Banda Aceh
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura
Silkair Singapore
Sriwijaya Air Batam, Medan
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Tiger Airways Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Darat

  • Bandar raya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Exit 161 Persimpangan Georgetown
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancangan

Laut

Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

Jambatan Pulau PinangFeri

Pengangkutan awam

  • Terminal Bas Ekspres Utama George Town, Pulau Pinang terletak di Sungai Nibong
  • Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar, Georgetown
  • Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown 10,101,103 & 104
  • Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
  • Penang Monorail dalam perancangan

Rujukan

WikiPedia: George_Town,_Pulau_Pinang http://goseasia.about.com/od/penang/a/georgetown_p... http://asiancorrespondent.com/2012/08/exploring-ge... http://www.dromoz.com/directory/maps/?dipe=19920 http://maps.google.com/maps?ll=5.415559,100.336075... http://penangmonthly.com/an-analysis-of-penang/ http://www.talkmalaysia.com/georgetown-penang.html http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/03/25/p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://mbpp.gov.my/