Gerak Khas

Gerak Khas merupakan sebuah drama kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999. Drama ini pernah kembali disiarkan di TV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudian ia bersiaran semula di TV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[1] Siri ini turut mencetukan adaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005. Barisan pelakon Gerak Khas bersilih ganti, kecuali Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, ACP Shaharon Anuar dan Abby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak ia diperkenalkan. Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[2] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan, dan digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.[3][4]Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir 3 tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[5][6]

Gerak Khas

Syarikat penerbitan Skop Productions
Penggubah Yusof Kelana
Penggubah lagu tema Hafiz Hamidun
Saluran asal RTM:
TV1 (1999-2003, 2004-2006)
TV2 (2003-2004; 2006-kini)
Lagu penutup "Gerak Khas"
Genre Aksi, drama, jenayah, thriler, misteri, saspens
Pengarah Datuk Yusof Haslam
C. Kumaresan
Syamsul Yusof
Faizal Yusof
Syafiq Yusof
Majed Saleh
Aziz M. Osman
Siaran asal Siri asal:
5 April 1999 - 22 Julai 2011
Siri baru:
14 Februari 2014 - kini
Dibangunkan oleh Skop Productions
Polis Diraja Malaysia
Bilangan musim 19
Tempoh siaran 44 minit (tanpa iklan)
60 minit
Penyunting Shahrul Dhoman
Murad Man
Wan Norhadi Wan Noh
Pencipta Datuk Yusof Haslam
Penerbit ACP (K) Datuk Yusof Haslam
Rancangan berkaitan Roda-Roda Kuala Lumpur (1998-2013)
Metro Skuad (2012-2013)
Bilangan episod 1026 (sehingga 7 Februari 2020)
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Fetty Hj. Ismail
Salmah Hj.Ismail
Format audio Stereo
Lagu pembukaan "Gerak Khas"
Ditulis oleh Panel Skrip Skop Productions
Dibintangi oleh Lihat di bawah
Lokasi
Bahasa Melayu[lower-alpha 1]
Format gambar 16:9 letterbox (4:3) 576i

Rujukan

WikiPedia: Gerak Khas http://www.accessmylibrary.com/premium/0286/0286-8... http://www.budiey.com/kisah-unit-elit-polis-dalam-... http://www.budiey.com/norman-hakim-cerai-abby-abad... http://www.imdb.com/Title?Gerak+Khas/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ac-mizal-kem... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gerak-khas-l...