Gerakan Wikimedia, atau disingkat
Wikimedia, ialah komuniti penyumbang global untuk prokek-projek
Yayasan Wikimedia. Gerakan ini dicipta di kalangan komuniti
Wikipedia. Sejak itu, gerakan tersebut diperluaskan ke projek Wikimedia lain, yang termasuk projek-projek
Wikimedia Commons dan
Wikidata, dan para jurutera dan pembangun peranti mudah alih secara sukarela yang menyumbang kepada
MediaWiki. Para sukarelawan ini disokong oleh pelbagai pertubuham di seluruh dunia, termasuk Yayasan Wikimedia, bab, pertubuhan tematik, dan kumpulan pengguna berkaitan.Nama "Wikimedia", ialah sebatian kepada
wiki dan
media, telah dicetuskan oleh pengarang Amerika Syarikat, Sheldon Rampton dalam satu hantaran kepada senarai surat layang berbahasa Inggeris pada Mac 2003,
[1] tiga bulan selepas
Wiktionary menjadi projek berasaskan wiki kedua dihoskan di platform
Jimmy Wales, dan tiga bulan sebelum Yayasan Wikimedia diumumkan dan diperbadankan.
[2][3] "Wikimedia" juga merujuk kepada
projek Wikimedia.