Gereja_Ortodoks_Yunani_St._Nicholas

Templat:Infobox gerejaGereja Ortodoks Yunanu St. Nicholas (Bahasa Inggeris: St. Nicholas Greek Orthodox Church) pernah wujud di seberang Liberty Street dari Menara Selatan World Trade Center di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat. Ia musnah sepenuhnya dalam serangan 11 September 2001 ketika Menara Selatan tumbang.[1] Ia merupakan satu-satunya bangunan bukan WTC yang dimusnahkan secara langsung oleh serangan itu.Dua lagi bangunan lain yang tidak tergolong dalam kompleks WTC turut musnah: Deutsche Bank Building rosak teruk akibat serangan itu dan keruntuhan 1 dan 2 WTC, dan Dewan Fiterman di Kolej Komuniti Daerah Manhattan pula rosak teruk akibat keruntuhan 7 WTC. Kedua-dua bangunan ini terpaksa dinyahbina.