Gerhana_matahari_22_Julai_2009
Gerhana_matahari_22_Julai_2009

Gerhana_matahari_22_Julai_2009

Gerhana matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan. Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China. Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.