Tayangan Glee_(siri_TV)

Musim pertama Glee terdiri dari 22 episod.[4] Episod perdananya, Pilot, ditayangkan di Amerika pada 19 Mei 2009.[5] Dan ditayangkan semula pada 9 September 2009,[6] sehingga 9 Disember 2009, dengan jumlah sebanyak 13 episod diterbitkan. Pada 21 September 2009, Fox telah meminta tambahan 9 episod lagi untuk ditayangkan. Baki 9 episod itu mulai ditayangkan pada 13 April 2010 hingga 8 Jun 2010.[7]

Pada Januari 2010, Fox mengumumkan mereka akan menayangkan musim kedua Glee. Penerbitannya bermula pada Jun 2010.[8][9] Episod pertama musim kedua, Audition, ditayangkan pada 21 September 2010.[10] Musim ketiga Glee juga disiarkan di Fox pada 23 Mei 2010.[11]

Glee telah ditayangkan di pelbagai negara di serata dunia seperti Australia,[12] Kanada,[13] New Zealand,[14] Fiji,[15] Afrika Selatan,[16] England,[17] Ireland.[18] Untuk negara-negara di Asia, yang pernah menyiarkan Glee secara langsung adalah Filipina,[19] India,[20] Malaysia,[21] Singapura,[22] dan Indonesia.

Rujukan

WikiPedia: Glee_(siri_TV) http://www.tvtonight.com.au/2009/09/glee-cast-to-v... http://www.e4.com/blog/e4-blog/post/3lvilq41pb8ijv... http://hollywoodinsider.ew.com/2010/05/23/glee-sea... http://www.fox.com/content/clone-of-glee-031315-9p... http://www.fox.com/glee http://www.fox.com/glee/ http://foxflash.com/div.php/main/page?aID=1z2z2z26... http://www.foxflash.com/div.php/main/page?aID=1z2z... http://www.globaltv.com/glee/index.html http://www.hollywoodreporter.com/news/fox-release-...