Glires
Glires

Glires

Glires (Latin glīrēs, dormouse) ialah satu klad yang terdiri daripada rodensia ([tikus]], tupai dsb.) dan lagomorfa (arnab dan pika). Hipotesis bahawa rodensia dan lagomorfa membentuk satu kelompok monofiletik telah sekian lama diperdebatkan berdasarkan bukti morfologi, tetapi kajian morfologi terkini kuat menyokong Glires sebagai monofili (Meng and Wyss, 2001; Meng et al., 2003), terutamanya penemuan bahan fossil baru ahli-ahli basal dalam Glires, terutaman genus-genus Mimotona, Gomphos, Heomys, Matutinia, Rhombomylus, dan Sinomylus, yang telah membantu merapatkan jurang antara rodensia dan lagomorfa biasa (Meng et al., 2003; Asher et al., 2005). Data yang berdasarkan DNA nukleus menyokong Glires sebagai saudara kepada Euarchonta untuk membentuk Euarchontoglires (Murphy et al. and Madsen et al. 2001), tetapi sesetengah data genetik dari kedua-dua DNA nukleus dan mitokondrium kurang menyokongnya (Arnason et al. 2002). Kajian yang menyelidik data kehadiran/ketiadaan retrotransposon pula sebulat suara menyokong hipotesis Glires (Kriegs et al. 2007).Rodentia (tikus dsb.)Lagomorpha (arnab dan pika)Scandentia (tupai tanah)Dermoptera (kandau terbang)Primata (†Plesiadapiformes, Strepsirrhini, Haplorrhini)

Berkaitan