Sejarah Gochujang

Lazimnya dipercayai bahawa varieti jang (장; 醬) pedas dibuat menggunakan lada hitam dan chopi, sebelum diperkenalkannya cili. Shiyi xinjian, sebuah dokumen Cina abad pertengahan ke-9, mencatatkan pes lada Korea sebagai 椒醬 (pes lada). Dokumentasi tertua kedua tentang pes lada terdapat di dalam buku Korea tahun 1433 iaitu Kumpulan Preskripsi Ubat Korea Asli.[1] Pes lada sekali lagi disebut dalam ensiklopedia perubatan 1445 bernama Perincian Preskripsi Perubatan.[2]

Gochujang (pes cili pedas) dipercayai mula diguna di Korea pada lewat abad ke-18, selepas perdagangan abad ke-16 dengan Eropah, Jepun, China dan Kepulauan Ryukyu memperkenalkan cili dan pes soya tertapai ke negara itu.[3][4] Menurut Jungbo Sallim gyeongje (증보산림경제, 1765), gochujang diperbuat dengan menambahkan serbuk cili merah dan serbuk beras pulut ke dalam pes kacang soya, dan membiarkan pes ini matang di bawah matahari. Resipi ini sama dengan resepi membuat gochujang.[5][6]

Cili, yang berasal dari Amerika, diperkenalkan ke Asia Timur oleh peniaga Portugis pada awal abad ke-16.[7][8][9] Penyebut pertama lada cili di Korea terdapat dalam Kumpulan Karangan Jibong, sebuah ensiklopedia yang diterbitkan pada tahun 1614.[10][11] Pengurusan Ladang, buku abad ke-17 hingga 18, menulis tentang kaedah penanaman cili.[12]

Dalam buku abad ke-18, Somun saseol dan Imbuhan dan Semakan Semula Pengurusan Ladang, gochujang ditulis sebagai gochojang, menggunakan aksara hanja 苦椒醬 dan 古椒醬.[13][14] Ia juga disebutkan bahawa Sunchang terkenal dengan pengeluaran gochujang mereka.[15][13] Bahan-bahan gochujang yang dilaporkan dalam Jeungbo sallim gyeongje ialah 18 L serbuk meju (soya ditapai) yang ditapis, 540 mL serbuk cili, 1.8 L tepung beras pulut, serta sup sos soya untuk menyesuaikan kepekatan.[14] Resipi gochujang dalam Gyuhap chongseo, buku masak n 1809, menggunakan serbuk meju dari 18 L kacang soya dan 3.6 L beras pulut, kemudian menambah 900-1,260 mL serbuk cili dan bap yang dibuat dari 3.6 L beras pulut.[16]

Rujukan

WikiPedia: Gochujang http://www.easykoreanfood.com/gochujang-Recipe.htm... http://www.encykorea.com/Contents/eat_wear/jang_07... http://books.google.com/books?id=ltqO3LrvaE0C&lpg=... http://www.koreanrestaurantguide.com/health/health... http://db.itkc.or.kr/index.jsp?bizName=KO&url=/itk... http://app.visitkorea.or.kr/ContentView.do?method=... http://english.visitkorea.or.kr/enu/AKR/FU_EN_15.j... http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.j... //doi.org/10.1016%2Fj.jef.2015.02.006 //doi.org/10.1016%2Fj.jef.2016.09.002