Google
Google

Google

Google LLC[5] merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat, yang mendapat keuntungan dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, petaan dalam produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sunder pichaimerupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol,"[6][7] yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."[8][9]Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.[10]Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail[11] Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan tapisan. Slogan tidak rasmi syarikat "Don't be evil" telah dikeluarkan daripada kod tatalaku syarikat sekitar Mei 2018, tetapi dikembalikan semula pada 31 Julai 2018.[12][13]

Google

Industri
  • Internet
  • Perisian
  • Perkakas komputer
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Nama dahulu Google Inc. (1998–2017)
Bilangan pekerja 85,050[4] (Q1 2018[update])
Induk Alphabet Inc. (2015–kini)
Perancang utama
Ibu pejabat 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, California, A.S.[3]
Pengasas
Laman sesawang google.com
Ditubuhkan 4 September 1998; 21 tahun yang lalu (1998-09-04) di Menlo Park, California[1][2]
Jenis Anak syarikat